(SEMASA) SUNWAY PUTRA HOTEL MEMPERSEMBAHKAN “SANTAPAN RAMADAN SERANTAU 2026” – SATU KEMBARA KULINARI ASEAN YANG GEMILANG

Spread the love

Kuala Lumpur, 19 Januari 2026  – Ramadan ini , Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur menjemput para tetamu untuk menikmati kepelbagaian rasa Asia Tenggara menerusi Santapan Ramadan Serantau 2026, sebuah bufet iftar istimewa yang menghimpunkan hidangan ikonik dari seluruh rantau ASEAN di bawah satu bumbung.

Direka sebagai satu perayaan kulinari merentas sempadan, bufet ini menampilkan resipi warisan dan sajian kegemaran jalanan dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Singapura, Filipina, Myanmar, Brunei, Laos dan Timor Leste, disediakan dengan teknik tradisional serta rempah ratus asli bagi mengekalkan keaslian rasa.

Jelajah Cita rasa ASEAN di Satu Meja

Para tetamu boleh memulakan iftar dengan pilihan salad dan pembuka selera serantau seperti Kerabu Ayam Vietnam, Kerabu Daun Teh Burma, Som Tam Thai,  Kilawin Filipina, Umai Udang serta Kerabu Kerang Hijau Pedas Asam Limau Bali,  yang menawarkan rasa segar, masam, pedas dan aromatik.

Antara tarikan utama bufet ini ialah barisan hidangan ikonik ASEAN seperti:

  1. Kerabu Daun Teh Burma – salad tradisional Myanmar menggunakan daun teh yang diperam bersama kacang rangup, kacang tanah, bawang putih dan bijan.
  2. Nasi Briyani Bersama Kambing Panggang – nasi basmati berempah  cara Malaysia, dimasak perlahan dan dihidangkan bersama kambing panggang  lembut, raita serta pelengkap tradisional
  3. Lok Lak Daging Lembu Lada Hitam Kemboja – daging lembu lembut  digoreng dengan sos lada hitam beraroma
  4. Ketam Berc ili Singapura Dengan Mantau – ketam cili manis pedas ikonik Singapura bersama mantau goreng lembut.
  5. Ayam Katok Brunei – ayam goreng rangup disajikan dengan sambal pedas
  6. Bebek Bertutu – itik berempah cara Bali yang dimasak perlahan.
  7. Sotong Pedas ala Thai Basil – sotong goreng bersama daun selasih Thai.
  8. Ph ở Daging Lembu Vietnam – sup mi beras klasik Vietnam dengan kuah tulang daging lembu yang direneh lama, dihidangkan bersama hirisan daging lembu lembut dan herba segar.
  9. Ikan Bakar -Bakar Timor Leste – pelbagai jenis ikan diperap sos cili asam jawa bersama sambal tradisional.
  10. Laos Nam Wan – pencuci mulut tradisional Laos dengan mutiara sagu, jeli kelapa dan nangka dalam sirap santan.
  11. Maja Blanca (Puding Kelapa Filipina) – puding santan bertekstur lembut, dihiasi jagung manis atau kelapa bakar

Peminat makanan laut turut dimanjakan dengan pilihan premium seperti  Udang Kara Selipar masak Lemak Cili Api, Udang Harimau, pelbagai kerang segar, serta Kepala Ikan Salmon masak Kari Mamak Istimewa dari stesen ‘Chef’s Special Kawah ’.

Stesen Masakan Langsung & Sajian Warisan

Pengalaman iftar menjadi lebih interaktif dengan stesen masakan langsung  seperti:

  • Nasi Briyani Bersama Kambing Panggang.
  • Laksa Johor & Stesen Phở Daging Lembu Vietnam.
  • Sate Beragam – Sate Maranggi Lembu, Sate Madura Kambing & Satay Ayam
  • Martabak Indonesia, Roti John dan pelbagai jenis martabak.
  • Sajian tradisional Malaysia seperti Lemang Putih & Lemang Pulut Hitam, Rendang Ayam, Serunding dan Sayur Lodeh..

Bagi penggemar rasa tempatan yang padu, Sudut Rebus Asam Pedas dan Sup  Tulang Berempah menyajikan kuah yang dimasak lama dengan rempah ratus  mengimbau keenakan masakan rumah sepanjang Ramadan.

Manisan Penutup dari Seluruh Rantau

Hidangan pencuci mulut meneruskan tema ASEAN dengan sajian seperti Kek Lapis Indonesia, Kek Madu Vietnam, Puding Labu Kemboja, Maja Blanca, Red Ruby Thai, kuih -muih Melayu tradisional, serta sudut Ais Kacang & Cendol. Buah -buahan tropika segar, bubur manis dan biskut raya melengkapkan pengalaman manis yang menyelerakan.

Iftar Bermakna Bersama Insan Tersayang

Santapan Ramadan Serantau 2026 dirangka khas bagi meraikan semangat

kebersamaan serta hubungan budaya Asia Tenggara, menjadikannya pilihan ideal

untuk iftar keluarga, majlis korporat dan pertemuan bersama insan tersayang.

Encik Wilfred Yeo, Pengurus Besar Kanan Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur,

berkata: “Santapan Ramadan Serantau bukan sekadar bufet, tetapi satu perjalanan kulinari yang mencerminkan warisan, rasa dan tradisi negara-negara ASEAN. Tahun ini, kami ingin meningkatkan pengalaman tetamu dengan gabungan masakan istimewa dan layanan mesra, agar mereka dapat menikmati Ramadan dengan penuh ketenangan, keselesaan dan keindahan makna”. 

Tempoh Bufet & Harga

Tempoh Bufet: Jumaat, 20 Februari

2026 – Jumaat, 20 Mac 2026

Tempoh Tempahan Awal:

5 Februari – 25 Februari 2026

Harga Khas Tempahan Awal (Tempat Terhad):

RM144.00 nett seorang dewasa

(Penebusan hanya dibenarkan pada minggu terpilih: 20 Februari – 1 Mac 2026 dan 16 Mac – 20 Mac 2026 sahaja)

Harga Biasa Bufet:

RM169.00 nett seorang dewasa

(Tempoh makan: 2 – 15 Mac 2026)

Memperkenalkan Pakej Penginapan

“Iftar & Indulgence Retreat”

Bagi melengkapkan pengalaman berbuka, Sunway Putra Hotel turut memperkenalkan pakej penginapan Ramadan eksklusif Iftar & Indulgence Retreat, khas untuk tetamu yang inginkan rehat dan keselesaan sepanjang bulan mulia.

Pakej 2 hari 1 malam ini termasuk:

  • Penginapan satu malam bersama sahur untuk dua orang dewasa
  • Bufet Ramadan Santapan Ramadan Serantau untuk dua orang dewasa
  • Naik taraf percuma dari Bilik Superior ke Bilik Deluxe*
  • Kanak -kanak yang menginap bersama menikmati harga jamuan mengikut kadar di Kopi Haus

Harga bermula dari RM608+ satu bilik semalam

Tempoh Tempahan: Dari sekarang hingga 20 Mac 2026

Tempoh Penginapan: 20 Februari – 20 Mac 2026

Encik Yeo menambah:“Melalui pakej Iftar & Indulgence Retreat, kami menawarkan peluang kepada para tetamu untuk menjadikan iftar sebagai satu pengalaman Ramadan yang  menyeluruh – daripada s ahur yang menyegarkan, bufet pelbagai negara yang  mewah, sehinggalah keselesaan penginapan yang dinaik taraf. Inilah cara kami membantu keluarga dan para pengembara menikmati saat-saat bermakna untuk berehat, bermuhasabah dan meraikan kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.”

TEMPAH SEKARANG

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, layari

https://www.sunwayhotels.com/sunway-putra , hubungi +603 4040 9888, WhatsApp +6019 305 2372,atau e-mel spkl.ch@sunwayhotels.com


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *