30 Mei 2025, Kuala Lumpur – TCL, jenama elektronik pengguna terkemuka di peringkat global, secara rasmi melancarkan Kedai Jenama TCL yang pertama di Malaysia hari ini. Terletak secara strategik di Sunway Pyramid dan dijalankan bersama Vivid Concepts, kedai ini bertujuan untuk membawakan pengalaman teknologi terkini dan tercanggih TCL secara terus kepada pengguna. Pencapaian ini menandakan inisiatif strategik jenama tersebut untuk meningkatkan kebolehcapaian, menawarkan rakyat Malaysia peluang untuk menerokai ekosistem produk inovatif TCL secara lebih dekat dan interaktif.
Pengalaman Imersif di Dalam Kedai
Kedai Jenama TCL memperkenalkan cara baharu bagi pengguna untuk berinteraksi dengan pelbagai produk keluaran jenama ini. Direka berasaskan pendekatan mesra pelanggan, kedai pertama TCL ini menampilkan zon interaktif yang membolehkan pelanggan mencuba dan meneroka teknologi canggih TCL secara langsung.
Pelancaran kedai ini dimungkinkan melalui kerjasama TCL bersama Vivid Concepts, sebuah syarikat penyelesaian runcit tempatan yang terkenal dalam menghubungkan jenama global dengan pengguna tempatan. Kerjasama ini berjaya merapatkan jurang antara minat dalam talian dan akses luar talian, sekaligus memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melihat, menyentuh, dan mencuba sebelum membeli.
Promosi Eksklusif Menanti – Temui yang Terbaik daripada TCL di Kedai!
Pelanggan kini boleh mengalami sendiri barisan produk inovatif TCL, termasuk TV Premium QD-Mini LED 115C7K bersaiz 115” – yang terbesar – menampilkan teknologi kawalan halo menyeluruh dari pencahayaan hingga ke imejan, dipadankan dengan panel CrystGlow HVA untuk kualiti gambar yang menakjubkan. QD-Mini LED ini juga tersedia dalam saiz 85”, 75” dan 65”.
Bagi mereka yang inginkan pengalaman tontonan yang lebih hebat, model 98C8K Premium QD-MiniLED menawarkan panel paparan terbaik dalam industri — CrystGlow WHVA Panel — serta sistem audio Bang & Olufsen. Untuk peminat permainan video, model C7K dan C8K dilengkapi ciri permainan seperti kadar segar semula asli 144 Hz, VRR 288 Hz, dan TCL Game Master untuk permainan yang lancar dan mengasyikkan.
TCL turut mempamerkan rangkaian peralatan rumah pintar yang terkini, termasuk penyaman udara FreshIN 3.0 dengan kawalan suara luar talian dan penjimatan tenaga T-AI, peti sejuk Free Built-IN yang bergaya, dan mesin basuh & pengering TWD105-C31DG dengan motor inverter DD pacuan terus dan levitasi magnetik untuk prestasi lebih senyap, cekap, dan tahan lama.
Bersempena pelancaran kedai pertama TCL, pelanggan boleh menikmati promosi eksklusif di dalam kedai serendah RM699, hanya dari 30 Mei hingga 2 Jun 2025 – jangan lepaskan peluang!
Visi untuk Pertumbuhan Berterusan
Pelancaran Kedai Jenama TCL pertama ini menandakan langkah penting dalam rancangan pengembangan TCL di Malaysia. Pembukaan kedai kedua yang dijadualkan di IOI Mall Puchong pada 7 Ogos 2025 membuka lembaran baharu buat pelanggan di Lembah Klang. TCL juga akan terus memperkukuh kerjasama dengan pemimpin industri runcit seperti Vivid Concepts bagi meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah di dalam kedai.
