(SEMASA) THE CALLA, FLORES KL DAN HILTON KL RAIKAN HARI IBU BERSAMA 16 “WANITA ISTIMEWA”.

Spread the love

KUALA LUMPUR, 12 MEI 2019 – Syarikat pengurus acara dan perancang perkahwinan The Calla dan floris terkemuka Flores KL dengan kerjasama Hilton Kuala Lumpur (Hilton KL) meraikan 16 wanita dan 7 lelaki daripada Pusat Jagaan Sri Mesra (Mesra Home), Ampang dalam sebuah majlis istimewa berbuka puasa “Mother’s Day Iftar” bersempena Hari Ibu yang dirai pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun.

Kesemua 16 wanita ini merupakan golongan warga emas berusia 60 ke atas dan belum mendirikan rumah tangga, apatah lagi merasai pengalaman menyambut Hari Ibu bersama insan bergelar cahaya mata.

Menurut Pengarah Urusan The Calla & Flores KL, Nadia Nadzri yang bertindak selaku pengurus acara, selain memikirkan hal berkaitan perniagaan, mereka tidak ketinggalan melaksanakan aktiviti CSR dengan menghargai jasa dan pengorbanan wanita bergelar ibu kepada masyarakat khususnya di Malaysia.

Katanya, “Bagi menceriakan para pelanggan yang menyambut hari istimewa ini bersama insan tersayang, “Mother’s Day Iftar” menjemput 16 wanita daripada Mesra Home agar mereka juga berpeluang merasai kemeriahannya bersamasama.”

Sementara itu, Pengarah Pemasaran & Operasi The Calla, Raihan Zubir berpendapat, majlis ini bukan hanya mengeratkan hubungan silaturrahim anak dan ibu, malah meraikan hari teristimewa bersama mereka yang kurang bernasib baik.

Menurut Raihan, “Selain menikmati juadah berbuka di hotel bertaraf 5 bintang dengan dekorasi indah daripada The Calla bernilai RM30,000, pengunjung bakal membawa pulang cenderahati bernilai RM500 dengan pembelian sepasang tiket “Mother’s Day Iftar” yang dijual pada harga RM400. Sebahagian kutipan pula bakal disumbang kepada Mesra Home. Erti kata lain, mereka meraikan hari ibu dan berbuka sambil menderma.”

“Uniknya, ia diserikan dengan kehadiran selebriti popular antaranya Anzalna Nasir dan ahli keluarga; Amyra Rosli, Ameera Zaini serta pereka Christy Ng dan penyanyi jemputan Billa Najmi dan Anis Aneesa,” tambahnya lagi.

Selain The Calla, Flores KL dan Hilton KL, jenama lain yang turut terlibat dalam penganjuran “Mother’s Day Iftar” ialah The Affiliates, Christy Ng, Ameera Zaini, Tiger Sugar, Argania, The Tapping Tapir, Inside Scoop, Pretty Suci, Faroz Cafe dan Temujanji.

Hilton KL juga bakal menyajikan para tetamu dengan buffet bertemakan “Santapan DiRaja” bersempena kempen #JomMakanAtHilton sepanjang Ramadhan yang berharga bermula dari RM100 seorang.

Hilton KL turut mengumumkan The Calla sebagai rakan kongsi strategik dengan menawarkan pakej lengkap perkahwinan “Love Is Cinta” untuk bakal raja sehari meraikan hari bahagia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *