Kuala Lumpur, 19 Mac 2024 – the Curve, Mutiara Damansara mengalu-alukan pengunjung untuk mengimbau nostalgia melalui tradisi ‘Kiriman Raya’. Perayaan ini diadakan untuk menghidupkan semula tradisi lama iaitu mengutus kad ucapan Hari Raya sebagai pengerat kasih sayang dan mencipta pengalaman yang penuh bermakna.
Diilhamkan daripada Pejabat Pos Bukit Rotan yang tertua dan masih beroperasi sehingga kini, Centre Court the Curve telah didekorasi dengan suasana pekan di sekitarnya. Berlangsung sehingga 14 April 2024, Centre Court turut dilengkapi dengan kaunter perkhidmatan Pos Malaysia, kedai-kedai retro dan bazar Raya yang meriah. Para pengunjung juga boleh menghantar kad Raya dan bungkusan hadiah kepada orang tersayang melalui peti surat dan perkhidmatan kurier Pos Malaysia yang tersedia pada hujung minggu.
Di samping itu, the Curve turut menyantuni anak-anak daripada rumah anak yatim dan asnaf, Pusat Jagaan Kasih Harapan, Kota Damansara dengan menyediakan barangan keperluan, paket khas Raya, dan mengadakan persembahan Raya serta menganjurkan sesi berbuka puasa di Hotel Royale Chulan, the Curve.
Encik Jazmi Kamarudin, Ketua Pegawai Operasi Boustead Properties Berhad berkata, “Perayaan Raya kami pada tahun ini adalah lebih bermakna dengan penglibatan daripada Pos Malaysia dan Malaysia Book of Records. Ia memberi satu pengalaman yang indah kepada para pengunjung pusat beli-belah kami dan juga mengeratkan hubungan di dalam komuniti setempat. Selain itu, the Curve juga turut komited untuk menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan melalui Bazar Raya yang disediakan, dan kebanyakannya usahawan PKS tersebut telah berjaya mengembangkan perniagaan mereka daripada mempunyai kiosk kecil kepada kedai penyewa tetap.”
Untuk menghidupkan semula tradisi Raya yang kian dilupakan ini, the Curve turut mempamerkan 10,000 keping kad ucapan Raya di seluruh pusat beli-belah bagi menarik minat para pengunjung. the Curve juga diiktiraf dengan rekod “The Most Extensive Display of Raya Greeting Cards at the Curve, Mutiara Damansara” oleh Malaysia Book of Records.
Selaras dengan inisiatif kelestarian the Curve, kad-kad Raya tersebut akan digunakan semula untuk pelbagai aktiviti kanak-kanak seperti bengkel seni, penghasilan kolaj dan aktiviti-aktiviti kreatif lain. Usaha ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada alam sekitar dan seanteronya.
Selain itu, the Curve turut menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk semua pengunjung, termasuk persembahan tarian muzikal, persembahan khas dari vendor dan sesi kraftangan untuk kanak-kanak pada hujung minggu dan cuti umum. Pengunjung juga dijemput ke Fiesta Raya di The Street dan Piazza, dari 15 Mac hingga 9 April 2024 dan Festival Kraf Kebangsaan di Fashion Walk, Aras 1, yang mempamerkan hasil kraftangan negara yang terbaik dari 15 Mac hingga 7 April 2024.
Untuk menghargai kesetiaan para pelanggan, the Curve memberi ganjaran melalui program penebusan dengan menawarkan set eksklusif sampul Raya dan kad Raya hanya dengan berbelanja minimum RM200. Para pelanggan juga boleh menebus balang kaca istimewa beserta sampul dan kad Raya dengan pembelian minima RM450. Pelanggan dengan perbelanjaan tertinggi di the Curve juga berpeluang untuk memenangi hadiah Raya eksklusif bernilai RM2,000.
Bagi memudahkan para pengunjung yang beragama Islam, di samping surau yang sedia ada, the Curve juga menyediakan bilik solat tambahan yang terletak di Aras 1 berhampiran Restoran Atap.
Untuk maklumat lanjut tentang sambutan ‘Kiriman Raya’ serta acara lain yang akan datang di the Curve, sila layari laman web kami di www.thecurve.my, atau ikuti kami di Facebook dan Instagram.