(SEMASA) TOUS Malaysia Butik Flagship Kini Dibuka Di Bangsar Village II

Spread the love

KUALA LUMPUR, 9 FEBRUARI 2022 – TOUS merupakan sebuah jenama barangan kemas dan aksesori yang bernaung di bawah Kumpulan HABIB sejak dari tahun 2019. Meskipun sudah hampir empat tahun berada di pasaran Malaysia, jenama yang berpusat di Sepanyol ini telah pun berada di pasaran dunia sejak dari tahun 1920-an lagi. Terkenal dengan hasil tangan yang mewah namun pada harga mampu milik ini, TOUS kini membuka butik berkonsepkan flagship di pusat membeli belah Bangsar Village II yang terletak di aras bawah berhadapan dengan pintu masuk utama. Butik baru ini berkonsep lebih terbuka melambangkan identiti dan style jenama TOUS.

Butik flagship ini menawarkan seleksi pilihan tidak hanya bertumpu kepada wanita seperti barangan kemas, tas tangan dan scarf malahan aksesori buat para jejaka seperti barangan kulit, jam tangan dan minyak wangi juga ditawarkan di sini. 

Berkeluasan 721 kaki persegi, butik flagship ini memberikan persekitaran yang lebih selesa dan mematuhi penjarakan sosial semasa para pelanggan berkunjung ke sini. Menawarkan dengan koleksi-koleksi terbaru dan yang menjadi pilihan orang ramai, setiap kaunter-kaunter yang menampilkan pelbagai seleksi barangan disusun mengikut kategori bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan dan mencuba barangan yang dinginkan. Selain itu, satu sudut khas turut disediakan untuk  memaparkan sejarah dan warisan TOUS serta nilai-nilai yang menjadi pegangan jenama ini untuk terus menghasilkan rekaan yang mampu lengkapkan gaya penampilan. 

Setiap koleksi yang direka menjadi simbolik tanda penghargaan serta hadiah untuk yang tersayang mahupun diri sendiri. Setiap barangan kemas ini dihasilkan daripada emas 750, perak sterling dan vermil. TOUS percaya bahawa setiap rekaan barangan kemas ini mempunyai penceritaan tersendiri dan perlu untuk meraikan setiap saat yang bermakna. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang TOUS di www.tous.com atau ikuti kami di Facebook (tousjewelrymy) dan Instagram (2my.jewelria). Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi talian hotline kami di 014-2009533. 

Peminat TOUS dijemput ke butik terbaru kami di Bangsar Village II, Pavilion KL dan Sunway Pyramid atau membeli belah secara atas talian di Shopee, Lazada dan Zalora.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *