Spread the love
Kuala Lumpur, MALAYSIA, 26 Ogos 2024 – Tidak lama selepas kejayaan pelancaran outlet eksperiensial Ulike yang kedua di Johor Bahru, Ulike telah mempamerkan kemajuan terkini dalam teknologi kecantikan serta menganjurkan bengkel yang informatif di Sesi Pertemuan #UlikeBeautyTech, yang telah mengambil tempat di Luuma Dining & Bar, Kuala Lumpur.
Menghimpunkan para peminat kecantikan, pakar perubatan berperakuan, serta personaliti industri, Sesi Pertemuan #UlikeBeautyTech dengan rasminya telah melancarkan Ulike Air 10 Pro berwarna merah jambu, meluaskan lagi pilihan warna yang disediakan buat mereka yang menginginkan sentuhan elegan dan gaya dalam rutin kecantikan mereka. Susulan pengumuman yang mengujakan ini, Dr. Aen, juga dikenali sebagai Dr. Nurul A’in Sa’ari, telah mengadakan seminar Ulike Air 10 Pro yang informatif, mengupas bagaimana produk inovatif ini mencetus trend baharu dalam industri kecantikan.
Dr. Aen berkongsi, “Ulike Air10 Pro memastikan kulit lembut yang berpanjangan, perlindungan kulit yang tiada bandingannya, saringan UV untuk melindungi kulit, serta pengalaman mengurangkan bulu badan yang paling menyelesakan lagi selamat, turut hadir dengan kemudahan tetapan kesesuaian kulit. Menggandingkan ciri kejituan dan keselamatan setaraf solusi profesional dalam bentuk yang kompak dan ringan, Ulike Air10 Pro menawarkan pengalaman yang hampir setanding dengan perkhidmatan yang disediakan di salon.”
Ulike Air10 Pro, penyingkir bulu badan terkemuka dunia dengan ciri Dwicahaya, merupakan peranti Cahaya Denyut Intensif (IPL) pertama yang mengubah landskap industri penyingkiran bulu badan. Dengan dua sumber cahaya, kawasan rawatan menjadi lebih luas serta output tenaga juga meningkat, lantas bulu badan dapat dibuang dengan lebih cepat lagi berkesan.
Di samping itu, jenama ini turut membolehkan orang ramai menyingkap secara eksklusif produk serba ringan Ulike yang terkini, Ulike Clear Pro DPL NIR Beauty Device, justeru membentuk standard baharu dalam teknologi kecantikan.
Bakal dilancarkan pada penghujung suku ketiga tahun ini, Ulike Clear Pro membawakan dua teknologi rintis: “Black Gold DPL Super Photon Lightening” dan “NIR Platinum Milk Light Whitening”. Black Gold DPL Super Photo Lightening berfungsi untuk menghilangkan kecelaan dan kesan jerawat dengan terus menyasarkan tompok-tompok melanin dan pigmentasi. Sementara itu, NIR Platinum Milk Light Whitening, teknologi kecantikan kulit cahaya inframerah dekat yang canggih menggunakan gelombang cahaya 900nm-1800nm tanpa cahaya berwarna. Ia memberikan tahap penembusan yang lebih kuat, terus mengenai dermis untuk membuat kulit tampak lebih lembut dan segar, selain mengaktifkan kolagen dan juga elastin.
En. K. M. Leong, Pengurus Besar Asia Tenggara bagi Ulike Group menyatakan, “Sesi Pertemuan #UlikeBeautyTech menjadi satu detik yang bermakna bagi kami, merungkaikan Ulike Clear Pro kepada dunia. Inovasi ini mencerminkan komitmen kami untuk memajukan teknologi kecantikan, membolehkan hasil setaraf profesional dapat dinikmati oleh semua. Kami berasa teruja untuk mengorak haluan dalam menyulam teknologi canggih dengan rutin kecantikan harian, dan kami teruja untuk terus melangkah ke hadapan.”
Para hadirin juga telah berpeluang untuk berinteraksi dengan produk-produk inovatif Ulike, melihat sendiri bagaimana teknologi sedang mengubah dunia kecantikan. Acara ini telah menampilkan segmen temu bual yang eksklusif bersama personaliti-personaliti daripada industri perubatan dan kecantikan, termasuk Miaazahar (Syaza Amira Azahar), Dr. Say (Shazril Shaharuddin), Sally Whoo (Nur Salihah Aimuni), Saby Rose, Dr. Mya Kamaruzaman, Jane Chuck, Nurulain Edruce, dan ramai lagi.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila ikuti laman Instagram rasmi Ulike Malaysia.
Spread the love