(SEMASA) UMW Toyota Motor Lancar Toyota Vios Serba Baharu dengan Teknologi Baharu dan Prestasi Dipertingkat

Spread the love

Shah Alam, 20 Mac 2023 – UMW Toyota Motor melancarkan model generasi keempat Toyota Vios, sedan subkompak popular paling laris dalam pasaran kereta bukan nasional Malaysia dengan lebih setengah juta unit terjual sejak diperkenalkan pada 2003. Model baharu yang amat dinanti-nantikan ini menawarkan prestasi lebih baik, pecutan lebih pantas, dan teknologi baharu menjadikannya pilihan lebih menarik kepada pelanggan yang sedang mencari kereta yang boleh dipercayai, cekap dan mampu milik.

Vios Serba Baharu – Ciri-ciri Menarik Luaran dan Dalaman

Selaras dengan trend Toyota dalam menawarkan kereta lebih baik, Toyota telah menggabungkan teknologi automotif termaju dengan spesifikasi yang di naik taraf bagi menyediakan nilai terunggul dalam pemilikan Toyota Vios Serba Baharu. Enjin 1.5-liter DOHC Dual VVT-i yang terbukti dipertingkatkan untuk menawarkan prestasi yang lebih kukuh, manakala transmisi 7-kelajuan CVT dengan Sequential Shiftmatic memberikan pecutan lebih tangkas, selain meningkatkan lagi tahap kecekapan bahan api.

Toyota Safety Sense (TSS) menawarkan ciri keselamatan yang lebih baik menerusi penggunaan teknologi termaju kepada pemandu dan penumpang. TSS memberi amaran kepada pemandu mengenai bahaya dan bertindak balas secara autonomi bagi mencegah atau mengelakkan pelanggaran. Pemandu juga akan dapat menikmati paparan gred tinggi dan keselesaan yang lebih baik dengan tempat duduk hadapan yang direka bentuk semula untuk posisi pemanduan selesa serta sokongan yang lebih baik. Fungsi baharu seperti Paddle Shifters dan Electronic Parking Brake  menambahkan lagi kemudahan kepada semua pemandu. Menjangkaui sekadar sentuhan elegan, Toyota Vios Serba Baharu kini mengetengahkan pengalaman premium secara menyeluruh dengan bahan lebih baik dan lebih lembut di seluruh kabin.

Standard Pembuatan Tiada Tandingan Vios Serba Baharu

Dikilangkan di Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) di Bukit Raja, Klang, model ini memenuhi standard kualiti di seluruh rantaian proses pemasangan yang cekap sejajar dengan “Toyota Way”. Tarikan baharu Toyota Vios ialah di mana ia menjadi kenderaan pertama yang menggabungkan teknologi terkini ketika proses pemasangan. Menggunakan Ultra High Tensile Materials, Continuous Frame Design, dan Increased Welding Spots memberikan ia ketegaran bahan kereta yang lebih tinggi selain ia turut mengurangkan jisimnya. Ruang enjin juga direka semula bagi mengurangkan titik putus bentuk, seterusnya ia dapat mengurangkan lagi beratnya.

“Penggunaan teknologi termaju dalam proses pemasangan Toyota Vios Serba Baharu bukan sahaja meningkatkan kualiti dan kecekapan pengeluarannya, malah menggalakkan lagi peningkatan kemahiran tenaga kerja kami, memupuk pengembangan pengetahuan dalam industri, dan seterusnya memberi sumbangan positif kepada ekonomi tempatan. Kami bangga dapat memacu pertumbuhan negara menerusi komitmen kami terhadap standard kualiti dan proses pembuatan yang inovatif,” kata Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor.

Jangkaan Meyakinkan dengan Vios Serba Baharu

“Maklum balas terhadap Toyota Vios Serba Baharu adalah luar biasa dengan jumlah tempahan melebihi 5,000 unit sejak pengumuman tempahan dibuka pada 24 Februari 2023. Ini adalah bukti populariti Toyota Vios Serba Baharu di pasaran Malaysia”.

“Kami teruja untuk memulakan tahun ini dengan pelancaran Toyota Vios Serba Baharu, yang mewakili komitmen kami dalam menyediakan kenderaan dan perkhidmatan berkualiti terbaik kepada pelanggan kami. Kami tidak sabar untuk mengharungi tahun gemilang dan penuh dengan peluang untuk memacu pertumbuhan serta pembangunan ekonomi Malaysia.” tambahnya.

Vios untuk Semua

Para pelanggan memiliki pelbagai pilihan, terima kasih kepada kepelbagaian varian dan aksesori yang ditawarkan untuk membantu pelanggan menyesuaikan kenderaan mengikut pilihan mereka. Vios Serba Baharu ditawarkan dengan dua varian iaitu 1.5 G (AT) dan 1.5 E (AT) – tersedia menerusi lima pilihan warna dengan Spicy Scarlet tampil sebagai pilihan terkini.

Toyota Vios Serba Baharu hadir dengan waranti 5-tahun dan perbatuan tanpa had. Pemilik juga akan menikmati perkhidmatan 24SEVEN Road Assist dan langganan percuma selama tiga tahun Toyota Vehicle Telematics System yang akan memantau lokasi kereta setiap masa. Mencerminkan keyakinan Toyota terhadap kebolehpercayaan dan ketahanan produknya, Toyota Vios sentiasa menjadi kereta yang ‘bangga untuk dimiliki’, menjangkaui khalayak yang luas dengan rekod jualan terbukti sejak ia mula diperkenalkan dan dijangka terus mencipta sensasi dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Selain itu, pandu uji Toyota Vios kegemaran anda pada acara ‘Showroom Weekender’ dan nikmati keseronokan dan kebebasan pemilikan kereta yang lebih lancar. UMW Toyota Motor juga akan menawarkan pelbagai hadiah pandu uji eksklusif di semua bilik pameran di seluruh negara dari 24 hingga 26 Mac 2023.

Pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Toyota di 1-800-8-TOYOTA (1800-8-869682) untuk bantuan dan maklumat lanjut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *