(SEMASA) WAFER SYILING EMAS 999.9 HABIB EDISI SUKAN MENUJU KE EMAS!

Spread the love

Kuala Lumpur, 25 Julai 2024 – Sementara dunia bersiap sedia untuk Sukan Olimpik Paris 2024, HABIB teruja untuk memperkenalkan Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Terhad Sukan, yang menghidupkan semangat perpaduan, kebanggaan, dan kesukanan. Koleksi yang menonjol dan berwarna-warni ini mengangkat beberapa aktiviti sukan yang paling digemari di Malaysia serta penghormatan kepada atletatlet negara yang telah menunjukkan kecemerlangan sukan dan memberi inspirasi kepada kita semua.
Sebagai jenama warisan tempatan, HABIB menyesuaikan diri dengan semangat yang tinggi dan cinta terhadap sukan di negara ini. “Wafer syiling emas edisi sukan ini melambangkan sinergi dan kegembiraan apabila bersukan, sama ada sebagai hobi ataupun pekerjaan, yang kita rasai bersama dalam sebuah negara harmoni. Inisiatif ini memupuk semangat kesukanan dalam komuniti kita, dan menjurus kepada gaya hidup yang sihat. Secara peribadinya, saya sebagai seorang yang aktif, bagi saya kehidupan yang sihat bermaksud kehidupan yang bahagia, selari dengan moto jenama kami ‘The Gift of Happiness’ ataupun ‘Hadiah Kebahagiaan’,” ujar Dato’ Sri Meer, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB.

Wafer syiling emas edisi sukan ini didatangkan dengan empat rekaan, setiap satu mempunyai warna yang abstrak, sebagai ekspresi tenaga, semangat dan kegembiraan. Dengan harga RM138 sekeping ataupun RM552 untuk set empat keping, wafer syiling emas ini sangat sesuai untuk penggemar barangan edisi terhad ataupun peminat tegar sukan.

Gimnastik Gelang Tetap | Gimnastik Berirama | Gimnastik Artistik
Memaparkan kekuatan, kelenturan, dan keanggunan, gimnastik merupakan antara sukan paling mencabar di dunia. Disiplin ini menampilkan gabungan daya kecerdasan dan kreativiti yang hebat.

Bola & Sukan Raket -Badminton | Bola Sepak | Tenis
Badminton, iaitu sukan raket yang pantas adalah salah satu sukan yang paling digemari di Malaysia, selain bola sepak yang merupakan sukan paling terkemuka di dunia dengan 5 bilion penonton untuk FIFA 2022. Tenis, simbolik dengan kejohanan Wimbledon yang bersejarah, mempamerkan semangat kesukanan serta dedikasi dan semangat di kalangan komuniti.

Sukan Ketahanan Berbasikal | Ekuestrian | Larian
Antara jenis sukan berbasikal adalah sukan basikal jalan raya, basikal trek, basikal gunung, dan basikal BMX dengan jumlah penonton sebanyak 3.5 bilion yang menyaksikan acara basikal seperti Tour de France. Sukan ekuestrian pula mempamerkan keserasian antara penunggang dan kuda, manakala larian, iaitu sukan kompetitif tertua, menguji ketahanan dan ketabahan individu.

Sukan Akuatik – Terjun Air | Renang | Perahu Layar
Terjun air memaparkan seni akrobatik dan kekemasan terjunan bergantung kepada ketinggian lompatan. Sukan renang menekankan kelajuan dan ketahanan merentasi pelbagai jenis gaya renang, manakala perahu layar menggabungkan strategi dan kemahiran untuk mengemudi di perairan.

Dengan warisannya yang sudah melebihi 65 tahun, HABIB kekal komited untuk mengekalkan daya ketukangan berkualiti serta menepati trend terkini untuk terus memberikan ‘Hadiah Kebahagiaan’ kepada semua. Merangkul cabaran yang diatasi telah mengukuhkan jenama ini, seperti yang ditunjukkan dalam rekaannya yang inovatif termasuk barangan kemas dan wafer syiling emas.

Bersempena dengan Sukan Olimpik Paris 2024, wafer syiling emas 999.9 edisi Sukan ini bertujuan untuk memupuk keakraban komuniti dan meraikan semangat kesukanan, perpaduan, dan kebanggaan Malaysia. Koleksi ini boleh didapati mulai 25 Julai 2024 di semua bilik pameran HABIB dan platform e-dagang.

Pelancaran ini juga bertepatan dengan Pameran Barangan Kemas HABIB di ruangan legar The Curve, Mutiara Damansara bermula 25 Julai hingga 4 Ogos 2024, jam 10 pagi sehingga 10 malam. Layari laman sesawang rasmi kami di www.habibjewels.com dan ikuti media sosial kami @habibjewelsofficial di Instagram dan Tiktok, serta Facebook @HABIB.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *