Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn. Bhd., Toshihiko Haramoto, hari ini mengumumkan pelantikan penyampai radio popular HotFM, Fara Fauzana dan penyanyi Atai, anak saudara Allahyarham Sudirman Haji Arshad, sebagai duta produk minuman susu kulturnya, Yakult Ace dan Yakult Ace Light untuk tahun 2014. Pengumuman ini dibuat semasa sidang media yang diadakan di Sri Pentas hari ini bersempena pelancaran iklan televisyen baru Yakult yang menampilkan kedua-dua orang duta produk tersebut. Turut hadir di majlis pelancaran tersebut, Hiroshi Hamada, Pengarah Jualan dan Pemasaran dan Mazlyn Mena binti Mustapha, Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Sains syarikat Yakult (M) Sdn. Bhd.
Konsep iklan televisyen tersebut berbentuk muzikal, di mana Fara dan Atai menyanyikan lagu “Hanya Kamu, Hanya Yakult” secara duet diringi dengan gerak tarian yang juga telah direka khas. Lagu tersebut adalah hasil nukilan komposer handalan Audi Mok, khas buat Yakult. Audi Mok telah menggubah lagu untuk ramai artis tempatan termasuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan ramai lagi. Koreografi tarian untuk lagu ini pula diilhamkan oleh Alam Wakaka, pemenang musim pertama So You Think You Can Dance dan guru tari rancangan realiti popular, Akademi Fantasi 2013.
Lagu yang berjudul “Hanya Kamu, Hanya Yakult” merujuk kepada kandungan bakteria baik hidup “Strain Shirota” dengan kepadatan tinggi iaitu lebih 30 bilion dalam setiap botol yang hanya boleh didapati dalam susu kultur Yakult, juga selain itu, merujuk bahawa hanya Yakult disokongi kajian saintifik selama lebih 75 tahun bagi membuktikan manfaat Strain Shirota untuk kesihatan manusia dan hanya Yakult satu-satunya minuman susu kultur yang diilhamkan oleh seorang doktor, iaitu Dr. Shirota, pengasas Yakult, bagi tujuan kesihatan.
Menurut Haramoto, syarikat Yakult merancang untuk membelanjakan RM3 juta sepanjang tahun ini untuk mengiklankan produk mereka di stesyen televisyen tempatan selain di stesyen radio tempatan menggunakan iklan radio dengan tema muzikal yang sama. Lagu dan gerak tarian dalam iklan televisyen ini akan digunakan secara menyeluruh dalam semua aktiviti promosi syarikat Yakult tahun ini termasuk roadshow, lawatan kilang dan acara-acara lain. Syarikat Yakult berharap dapat menyampaikan mesej pengasasnya, Dr. Minoru Shirota, iaitu “mencegah lebih baik daripada mengubati”, dan “usus sihat membawa panjang umur”, kepada rakyat Malaysia melalui gerak tarian dan lirik lagu ‘Hanya Kamu, Hanya Yakult’ dengan cara yang lebih menyeronokkan, santai dan mudah difahami.
Menurut Haramoto lagi, selama ini, Wanita Yakult (Yakult Ladies) atau ejen bebas yang menghantar Yakult rumah ke rumah di kawasan kejiranan mereka sendiri telahpun dianggap sebagai ‘duta kecil’ Yakult di peringkat kawasan. Sekarang ini, telah pun ada 479 orang Wanita Yakult di seluruh negara. Dan tahun ini, pihak syarikat mengambil keputusan untuk melantik dua orang selebriti berpengaruh, Fara Fauzana dan Atai, sebagai duta produknya, untuk menarik perhatian lebih ramai pengguna dari seluruh negara untuk mendekati minuman Yakult.
Fara Fauzana amat popular di kalangan golongan muda-mudi dengan personaliti beliau yang ceria dan mudah didekati, yang telah mengangkat stesyen HotFM sebagai antara stesyen radio paling popular hari ini dan beliau juga seorang host untuk Nona, sebuah program majalah yang amat popular di TV3. “Fara mewakili wanita moden hari ini yang berkerjaya, berjaya dan berwawasan,” kata Haramoto. Atai pula dikenali sebagai anak saudara penghibur negara Allahyarham Sudirman Haji Arshad, dan telah mengukir nama sebagai penyanyi dan penghibur remaja pada tahun 1980an di bawah bimbingan Allahyarham. Selepas dua dekad dalam dunia korporat, Atai baru-baru ini telah kembali menyerikan dunia seni tanahair dengan menghasilkan single baru, cover lagu Kul It! yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham bapa saudaranya pada tahun 1986. Walaupun telah dua dekad menyepikan diri dari dunia seni, Atai masih mendapat sokongan ramai peminat Allahyarham Sudirman dari segenap lapisan masyarakat, terutama mereka yang berumur 30an dan ke atas. “Atai seorang ‘family man’ (lelaki berkeluarga), dan dia mewakili lelaki Melayu biasa. Sebagai bapa kepada dua orang anak kecil, dia memahami kehendak dan aspirasi ibubapa lain, iaitu keinginan memberikan yang terbaik buat keluarga, dan memastikan mereka sentiasa sihat dan ceria,” terang Haramoto lagi.
Menurut Fara, “Yakult memainkan peranan yang besar dalam kehidupan sihat saya. Ia seperti rutin Fara untuk minum sebotol Yakult Ace Light, yang 50% kurang gula, bagi memastikan segalanya berjalan lancar untuk Fara setiap hari. Kalau di dalam lancar, di luar pun pasti lancar. Baru-baru ini juga Fara dapat maklumat daripada seorang pakar kecantikan Jepun, dan Fara terkejut bila dapat tahu bahawa kulit muka kita juga dipengaruhi oleh usus. Kalau ada masalah sembelit, masalah kulit seperti jerawat mungkin terjadi. Jadi untuk kulit cantik, kita tidak boleh abaikan penjagaan usus. Ramai yang mungkin tidak tahu, bakteria baik juga penting untuk menguatkan pertahanan semulajadi tubuh terhadap penyakit. Sejak Fara mula minum Yakult, Fara jarang kena demam atau selesema. Fara yakin dengan bekerkesanan dan kualiti tinggi minuman Yakult sebab Fara sendiri sudah melawat pusat penyelidikan Yakult di Tokyo, Jepun sebelum ini.”
Menurut Atai, dia telah menjadi pengguna tegar Yakult sejak minuman itu diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2004 lagi. Dia sendiri minum Yakult setiap hari dan dia akan pastikan anak-anaknya juga turut minum. “Arwah Cokman (gelaran Atai buat Allahyarham Sudirman) dulu selalu nasihatkan Atai, katanya, jadi penyanyi seperti jadi atlet, perlu jaga pemakanan dan perlu kerap bersenam. Minum sebotol Yakult setiap hari membantu penghadaman dan menguatkan sistem pertahanan badan, dan ia juga seperti peringatan buat Atai, agar jaga makan minum sepanjang hari. Atai akan pastikan dalam peti sejuk sentiasa ada bekalan Yakult, jadi anak-anak pun dapat minum sekali. Ada yang anggap Yakult minuman untuk budak-budak, tapi sebenarnya, orang dewasa dan warga emas yang lebih memerlukan bakteria baik berbanding kanak-kanak,” jelas Atai.
Menariknya, iklan televisyen Yakult ini bukanlah pertama kali Fara dan Atai berkongsi pentas bersama. Fara dan abangnya Ahmad, pernah beraksi bersama Atai di atas pentas di suatu acara pada tahun 1988. Fara juga menyimpan autograf Atai dari acara tersebut hingga ke hari ini.
Yakult kini menjalankan pertandingan di kalangan Wanita-wanita Yakult, iaitu ejen pengedar rumah ke rumah, bersempena dengan pelancaran iklan televisyen baru ini. Wanita Yakult dari setiap kawasan atau wilayah tertentu akan bertanding sesama mereka untuk merakamkan gerak tarian “Hanya Kamu, Hanya Yakult” versi mereka sendiri. Pemenang akan ditentukan berdasarkan bilangan ‘like’ tertinggi di laman YouTube. Pemenang akan diberikan hadiah yang akan ditentukan oleh pihak syarikat kemudian. Syarikat Yakult juga sedang mempertimbangkan untuk mengadakan pertandingan yang serupa tetapi terbuka kepada orang awam.