KUALA LUMPUR, 7 APRIL 2016 – Peminat memasak kini boleh bersedia untuk menyertai pertandingan terbesar dalam hidup mereka dengan menampilkan kemahiran masing-masing mencipta hidangan paling inovatif menggunakan Yogurt Set Asli Nestlé dalam peraduan Menang & Masak yang akan diadakan tidak lama lagi. Peraduan Yogurt Set Asli Nestlé Masak & Menang ini mencari lima pemenang yang terpilih mewakili rantau masing-masing untuk meneruskan persaingan dalam pertandingan Akhir Peringkat Kebangsaan yang bakal diadakan di Kuala Lumpur.
“Tujuan utama Nestlé adalah memberi inspirasi kepada peminat memasak menggantikan ramuan masakan berlemak tinggi seperti santan kelapa dan krim dengan Yogurt Set Asli Nestlé,” kata Wilfrid Foo, Pengurus Eksekutif Perniagaan, Tenusu Dingin Nestlé. “Menurut kenyataan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Dr S Subramaniam pada bulan Februari 2016, kira-kira 50 peratus rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes dan angka tersebut adalah amat tinggi. Justeru, kami berazam untuk menawarkan ramuan gantian yang lebih sihat bagi kegunaan masakan harian, tanpa mengurangkan keenakan hidangan kegemaran anda.
Walaupun peraduan tersebut dijangka mencabar, namun para peserta pasti berasa lega apabila mengetahui bahawa rasa istimewa Yogurt Set Asli Nestlé akan membantu mereka menghasilkan masakan yang penuh aroma dalam apa jua. Yogurt Set Asli Nestlé adalah yogurt biasa semulajadi sepenuhnya yang dihasilkan secara segar untuk memastikan keseimbangan antara kekentalan dan tekstur lembut yang menjadi ukuran kualiti set yogurt. Ia juga amat lazat dimakan begitu sahaja dan mengandungi kebaikan nutrisi daripada kandungan probiotik (kultur hidup) yang membantu penghadaman.
Yogurt Set Asli Nestlé merupakan ramuan fleksibel yang amat baik bagi menggantikan bahan-bahan berlemak tinggi yang digunakan dalam kebanyakan masakan, khususnya dalam pelbagai hidangan Malaysia. Inilah sebabnya Nestlé melancarkan pencarian di seluruh negara iaitu untuk menggalakkan orang ramai menggunakan Yogurt Set Asli Nestlé sebagai bahan rendah lemak menggantikan ramuan berlemak tinggi.
Semasa pelancaran media, ciri-ciri serba guna Yogurt Set Asli Nestlé telah didemonstrasikan oleh Duta Chef Nestlé, Chef Muluk; bersama sajian pelbagai hidangan yang menyelerakan untuk mengetengahkan makanan Malaysia yang ditampilkan seiring dengan temanya iaitu “Citarasa Malaysia dengan Yogurt Set Asli Nestlé. Lazat lagi Menyihatkan”. Antara hidangan tersebut termasuk Kari Ikan Kandar Pulau Pinang dari Utara, Laksa Nyonya dari Selatan, Ayam Percik dari Tengah, Kerutuk Ayam Kelantan dari Pantai Timur dan Bihun Laksa Sarawak dari Malaysia Timur. Setiap hidangan tersebut diberikan sentuhan lebih menyihatkan dengan kelazatan Yogurt Set Asli Nestlé yang disediakan sebagai sajian contoh yang boleh dihasilkan oleh para peserta dalam usaha mengembangkan versi sihat resipi kegemaran rantau masing-masing.
Cara untuk menyertai pertandingan ini turut diumumkan di majlis tersebut iaitu dengan membeli 1 tab Yogurt Set Asli Nestlé 470g atau 1.4kg dan hantarkan resipi anda (menggunakan yogurt set asli) dengan bukti pembelian secara pos atau digital. Penyertaan berserta resipi hendaklah dihantar antara 1 hingga 30 April, Peraduan Memasak Peringkat Rantau (5 rantau) adalah dari 16 hingga 29 Mei 2016 dan Peringkat Akhir sebelum 4 Jun 2016.
“Kami mencari peminat memasak berbakat untuk mencipta resipi yang boleh membantu menjadikan kita sebuah negara yang lebih sihat. Kami ingin menarik perhatian orang ramai dan menyampaikan mesej bahawa kita semua boleh mengamalkan pemakanan sihat sambil menikmati kelazatan sajian yang dihidangkan,” kata Foo semasa pelancaran akhbar tersebut.
Peraduan Masak & Menang menyediakan hadiah keseluruhan bernilai RM60,000. Lima pemenang yang memiliki bakat kreatif (seorang dari setiap rantau) akan menerima hadiah berupa Baucar SenQ bernilai RM3,000 seorang, manakala dua pemenang hadiah saguhati akan menerima Baucar SenQ bernilai RM500 seorang. Kemudian, para pemenang rantau akan bertanding pula dalam Peringkat Akhir. Pemenang Peringkat Kebangsaan yang mengilhamkan cara paling kreatif menggunakan Yogurt Set Asli Nestlé akan menerima hadiah Pengubahsuaian Dapur bernilai RM25,000 (Hadiah Pertama), Pengubahsuaian Dapur bernilai RM10,000 (Hadiah Kedua) dan Pengubahsuaian dapur bernilai RM5,000 (Hadiah Ketiga).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Masak & Menang dan idea-idea resipi, sila layari
www.dearNestlé.com.my/Contest/MasakdanMenang