(Kuala Lumpur), 20 Mei, 2024: Ayuh sedia untuk terbang lebih tinggi dengan HOKA yang memperkenalkan FLYLAB di Esplanade, KLCC Park bermula 20 hingga 26 Mei 2024, ini. FLYLAB ialah pusat inovasi dinamik kini bersedia merevolusasikan dunia prestasi aktif dan teknologi. FLYLAB bukan sekadar acara; ia sebaliknya sambutan inovasi penuh mendebarkan bagi meneroka dunia luar sempadan dengan mempamerkan produk termaju yang memacukan lagi kehebatan Malaysia.
FLYLAB umpama satu perjalanan penuh mendebarkan melalui nadinya, HOKA. Ia menjanjikan jelajah yang begitu hebat dengan dorongan semangat mengejar kejayaan tanpa henti. Ia juga menjanjikan pengalaman penuh mengasyikkan yang menyemarakkan lagi deria anda, menyatukan komuniti dan menyalakan api keseronokkan dengan inovasi yang tidak pernah wujud sebelum ini.
“Kami teruja membawa FLYLAB di Kuala Lumpur dengan menyajikan pengalaman yang tiada tandingan sejajar dengan initipati asli HOKA,” kata Ketua Pengawai Eksekutif Edisi REV, Encik Pornsak Chinawongwatana.
“Menerusi pengaktifan inovatif dan pembabitan mendalam, kami berhasrat untuk menyemarakkan kegembiraan serta inspirasi dalam komuniti kami sambil menggalakkan gaya hidup aktif dengan lebih yakin,” katanya lagi.
Nantikan aksi pengembaraan yang penuh mendebarkan tujuh hari tanpa henti di FLYLAB. Ia bermula dengan larian petang bersama Kelab Larian HOKA (HRC) disusuli dengan acara pengaktifan dinamik selama tiga hari oleh Institut Sukan Negara (ISN), maka pengunjung mampu menikmati pelbagai aktiviti menggembirakan yang direka hebat penuh inspirasi.
FLYLAB juga akan menampilkan koleksi terbaru HOKA, Skyward X. Ia direka khusus untuk jadual harian yang lebih mudah dan singkat. Skyward X juga melambangkan komitmen HOKA dalam menggabungkan reka bentuk maksima dengan teknologi revolusi suspensi. Ia turut menampilkan Active Foot Frame™ yang berasaskan PEBA iaitu rangkaian istimewa jenama ini, MetaRocker™.
Lantaran itu, menerusi gabungan busa yang mewah kasut ini pastinya menawarkan pengalaman yang lebih ringkas tetapi empuk dan selesa buat pelari atau pemakai. Malah, plat gentian cembung yang inovatif ini akan meningkatkan lagi setiap langkah sekaligus memberikan suspensi tanpa rasa berat tetapi kestabilan lebih dinamik.
Dengan jalinan kerjasama rakan strategik utama antaranya KLCC (Holdings) Sdn Bhd, Suria KLCC, dan ISN, HOKA Malaysia telah mencipta pengalaman yang tiada tandingan. Dengan gabungan kepakaran ini, nyata mereka mempersembahkan acara yang penuh dengan sambutan inovasi, prestasi dan penglibatan komuniti.
Perkongsian ini membuktikan komitmen penyatuan mereka untuk memupuk gaya hidup lebih sihat di kalangan rakyat Malaysia dalam menggalakkan amalan kehidupan aktif melalui teknologi canggih dengan prestasi yang menggembirakan.
Dalam keterujaan di FLYLAB, penyokong juga berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk dengan kemunculan selebriti, demonstrasi produk dan pengalaman interaktif. Malah ia juga menyediakan aktiviti senaman serta ‘masterclass’ kesihatan untuk memupuk kesedaran kesihatan mental. Justeru, FLYLAB sememangnya memberi jaminan perjalanan dan jelajah yang tidak akan dilupakan bagi pengunjungnya.
Lebih sekadar acara, FLYLAB menyediakan platform untuk rangkaian pelbagai cerita dengan memfokuskan inovasi, prestasi dan penglibatan komuniti. FLYLAB membawakan komitmen HOKA dalam membawakan anda terbang lebih tinggi dengan setiap langkah penuh kegembiraan
Sertai kami bermula 20-26 Mei 2024 di Esplanade, KLCC Park di mana kami membawakan perjalanan penuh inovasi, inspirasi dan gaya hidup aktif di FLYLAB. Layari dunia penuh inovasi di sini: