(SUKAN) LIPUTAN MENYELURUH UEFA EURO 2016TM MENERUSI PELBAGAI SKRIN, HANYA DI ASTRO

Spread the love

From left, Fernando Morientes, Henry Tan, Chief Operating Officer, Astro_ Lee Choong Khay, Astro's Head of Sports BusinessKUALA LUMPUR, 7 APRIL 2016 – Adakah pasukan Perancis mampu menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri? Mampukan pasukan Sepanyol menyekat kemaraan Jerman, pemenang Piala Dunia dalam mengejar kejuaraan Eropah buat kali ketiga berturut-turut? Bersedia untuk menonton segala aksi dan drama UEFA EURO 2016TM melalui liputan menyeluruh Astro – sama ada di televisyen, atas talian, mobil mahupun radio! Sebaga penyiar rasmi dan eksklusif UEFA EURO 2016TM di Malaysia, Astro menawarkan kesemua 51 perlawanan secara langsung di televisyen dan juga Astro on the Go melalui dua saluran Astro Supersports yang didekasikan khas untuk UEFA EURO 2016TM kali ini (HD: Saluran 841 & 842) dan SD: Saluran 821 & 822). 

Banter session with Fernando MorientesAplikasi dan laman sesawang Stadium Astro akan dinaik taraf untuk menawarkan fungsi pengalaman skrin kedua UEFA EURO 2016TM buat semua peminat bola sepak tanahair. Dapatkan statistik rasmi perlawanan serta saksikan aksi perlawanan dari pelbagai sudut, berita terkini merangkumi video dan juga keputusan perlawanan, di samping untuk turut serta dalam permainan Stadium Astro Fantasy edisi EURO bahkan mengaktifkan fungsi rakaman kawalan jauh program sukan kegemaran anda melalui Stadium Astro.

Kesemua pelanggan ‘Sports Pack’ akan mendapat akses percuma ‘Sports Pass’ untuk liputan penuh dan menyeluruh UEFA EURO 2016TM. Pelanggan Astro yang lain boleh mendapat akses yang sama secara percuma dengan melanggan ‘Sports Pack’ sebelum 30 April 2016. Bermula 1 Mei 2016, pelanggan Astro dan Njoi boleh melanggan ‘Sports Pass’ hanya pada harga RM 104.95*.

Pada mereka yang tidak mempunyai akses ‘Sports Pass’ boleh juga menonton 12 perlawanan terpilih secara langsung di Astro Arena dan mendengar ulasan perlawanan tersebut di Radio Arena.

Sementara itu, mereka yang tidak melanggan Astro dan Njoi juga boleh membeli ‘Sports Pass’ untuk tontonan di Astro on the Go. Beberapa perlawanan terpilih turut boleh ditonton secara berasingan berdasarkan ‘pay-per view basis’ pada harga RM 6* setiap satu.Henry Tan, Chief Operating Officer, Astro

Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata, “Kami berhasrat untuk memberikan rakyat Malaysia pengalaman tontonan sukan terbaik di kesemua platform dan skrin. Kami memahami yang peminat sukan di luar sana mahu menonton aksi sukan secara langsung di mana sahaja mereka berada; dan tidak hairanlah sukan merupakan kandungan paling popular di Astro on the Go”.

“UEFA EURO 2016TM merupakan acara bola sepak paling dinantikan tahun ini dan Astro akan memberikan liputan yang tiada tandingnya, aksi kesemua 24 pasukan Eropah bertanding dalam merebut kejuaraan bola sepak berprestij ini. Pelanggan-pelanggan ‘Sports Pack’ kami akan menerima akses percuma ‘Sports Pass’ untuk liputan yang menyeluruh. Pelanggan yang lain juga boleh menerima akses percuma lengkap ini jika mereka melanggan ‘Sports Pack’ sebelum 30 April 2016 ataupun mendapatkan ‘Sports Pass’ untuk kesemua 51 perlawanan secara langsung”.

UEFA EURO 2016TM akan memulakan aksinya menerusi perlawanan pembukaan di antara pasukan Perancis dan Romania, jam 3 pagi, 11 Jun 2016 (waktu Malaysia). Bagi menghangatkan lagi demam UEFA EURO 2016TM kali ini, pelanggan Astro boleh menonton barisan program pra-perlawanan istimewa seperti ‘Road to UEFA EURO 2016TM’, ‘UEFA EURO 50 Classic Matches’, ‘Great Goals of European Football – Decade by Decade’ dan banyak lagi.

Kesemua perlawanan secara langsung UEFA EURO 2016TM akan disiarkan bersama ulasan sebelum perlawanan, separuh masa perlawanan dan juga ulasan selepas perlawanan. Ulasan dalam Bahasa Malaysia pula boleh didapati melalui kesemua perlawanan secara langsung di Astro Arena.

2016 merupakan tahun gemilang buat peminat sukan di luar sana. Selain UEFA EURO 2016TM, Astro akan turut membawakan liputan lengkap acara sukan utama seperti Kejohanan Badminton Piala Thomas dan Uber 2016 dan juga Sukan Olimpik Rio 2016. Astro juga telah berjaya mendapatkan hak tayangan Liga Perdana Inggeris di Malaysia untuk 3 lagi musim sehingga tahun 2019.

Untuk melanggan Astro, layari http://www.astro.com.my atau hubungi 03-9543 3838


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *