(SUKAN) PUSINGAN KEDUA ARRC 2025 DIHANGATKAN DENGAN KEHADIRAN VOGE FR150.

Spread the love

SELANGOR, 30 MEI 2025 – VOGE AS25 Racing Team terus-menerus membara di pusingan kedua Asia Road Racing Championship (ARRC) 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Semangat yang dipikul tidak terputus sehingga tamat perlumbaan. Muhammad Afizi Supaat, pelumba 83 dan Tengku Amirul Haffiruddin, pelumba 73 bakal menghangatkan litar dalam kategori UB150 dengan membawa harapan pasukan, penyokong serta pengguna VOGE FR150.
Sesi latihan pertama bermula pada 30 Mei 2025 (Jumaat) jam 8.30 pagi sehingga 9.00 pagi kemudian dilanjutkan dengan sesi latihan kedua pada 2.40 petang sehingga 3.10 petang. Sesi kelayakan dijalankan pada Sabtu, 31 Mei 2025 pada 8.30 pagi sehingga 9.00 pagi dan bersambung dengan sesi ‘superpole’ pada 11.10 pagi sehingga 11.30 pagi bagi sepuluh pelumba teratas. Pada 1.45 petang, sesi perlumbaan pertama telah dijadualkan dengan 6 pusingan (laps) bagi UB150. Esoknya iaitu 1 Jun 2025 (Ahad), sesi ‘warm up’ bermula 9.20 pagi sehingga 9.30 pagi dan perlumbaan kedua berlangsung pada 1.45 petang dengan 6 pusingan (laps).

Para penyokong VOGE AS25 Racing Team berkesempatan untuk berjumpa dengan barisan pelumba pada Ahad ini semasa sesi ‘Pit-Walk’ bermula 11.00 pagi sehingga 12.15 tengah hari. Ketua pasukan iaitu Azlan Shah Kamaruzaman, pengurus pasukan, Rosnizam @ Obert serta seluruh pasukan sentiasa menjadi nadi utama bagi VOGE AS25 Racing Team diikuti penyokong pasukan yang menjadi tulang belakang setiap perlumbaan.

Mengenali VOGE FR150
VOGE FR150 direka dengan spesifikasi dan ciri-ciri terkini yang menjadikannya lebih menonjol berbanding pesaingnya. Model ini dilengkapi dengan enjin 150cc satu silinder DOHC, yang menghasilkan 15.42hp @ 8,500rpm dan tork maksimum 13.5Nm @ 7,500rpm. Ciri-ciri canggih seperti slipper clutch, ABS dwi-saluran dan transmisi 6-kelajuan memastikan prestasi dan keselamatan yang tiada tandingan.

Mengenali VOGE AS25 Racing Team
VOGE AS25 Racing Team merupakan pasukan baharu yang memulakan langkah sulung mereka dalam kejohanan Asia Road Racing Championship (ARRC) pada tahun 2025. Diasaskan dan diterajui Azlan Shah Kamaruzaman, pelumba profesional negara yang masih aktif bersaing dalam kategori ASB1000 dan pengurusnya Rosnizam @ Obert.

Pasukan ini dibentuk dengan objektif utama untuk mencungkil bakat baharu tempatan serta memperkukuh kehadiran Malaysia dalam arena perlumbaan motosikal peringkat Asia. Dengan pengalaman luas Azlan Shah dan Rosnizam dalam dunia perlumbaan, VOGE AS25 Racing Team hadir dengan semangat kompetitif dan visi jangka panjang untuk menjadi antara pasukan terbaik serantau. Penyertaan sulung ini bukan sekadar membuka lembaran baharu buat pasukan, malah mencerminkan komitmen terhadap pembangunan sukan permotoran tanah air.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *