(SUKAN) RED BULL MALAYSIA BERGANDING TENAGA DENGAN PASUKAN LUMBA PETRONAS SPRINTA YAMAHA MEMECUT KEMENANGAN DI KEJUARAAN CUB PRIX PETRONAS MAM MALAYSIA 2024

Spread the love

SEPANG, 31 MEI 2024 – Sebagai sebahagian usaha jenama ini untuk membangunkan bakat di peringkat akar ubi dan meraikan perlumbaan motor, Red Bull Malaysia (Red Bull), jenama minuman tenaga No.1 di negara ini, mengumumkan penajaannya ke atas Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang.

Kerjasama ini dirasmikan menerusi majlis menandatangani kontrak bersama tiga Pasukan Lumba   PETRONAS Sprinta Yamaha iaitu PETRONAS Sprinta Yamaha 31 Racing, PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ, dan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.

Majlis penting itu menandakan pencapaian yang signifikan kepada Red Bull untuk memacu masa depan bakat muda perlumbaan motosikal Malaysia, sejajar dengan aspirasi jenama itu untuk membawa tenaga dengan semangat kepada individu, memberikan mereka rangsangan bagi mengatasi segala-galanya dan apa sahaja. Ketiga-tiga pasukan lumba tersebut akan bertanding dalam Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix PETRONAS MAM Malaysia 2024 yang berprestij dari 1 hingga 2 Jun di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang.

“Di Red Bull, kami bukan sekadar memberi tenaga kepada badan, tetapi juga menyemarakkan semangat setiap individu yang berani menolak sempadan kemungkinan. Kerjasama dengan Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha ini mewakili lebih daripada gabungan logo; ia mewakili komitmen bersama terhadap kecemerlangan, inovasi, dan semangat persaingan yang berkobar-kobar,” kata Andy Lee, Pengarah Bersama Negara (Co-Country Director) TCP Red Bull Malaysia.

Bila Bakat Bertemu Perlumbaan

Ketiga-tiga Pasukan Lumba Yamaha Sprinta PETRONAS mempunyai kehadiran yang mantap di litar, masing-masing meminjamkan pengalaman dan semangat mereka untuk perlumbaan terhadap kerjasama mereka dengan Red Bull. Berikut adalah latar belakang setiap pasukan:

Dipacu oleh tiga tonggak – RIDE. RACE. LEAD. – Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha 31 menyasar untuk menjadi satu daripada pasukan lumba terbaik bukan sahaja di Asia tetapi juga di dunia. Sejak penubuhannya, pasukan lumba ini berusaha untuk menakluk perlumbaan sebagai juara membawa pulang trofi, memesrai semua komuniti, kesejahteraan, dan bersaing dengan bangga. Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha 31 telah menerima pelbagai anugerah sepanjang 28 tahun perlumbaan motosikal, termasuk gelaran Juara Keseluruhan Kategori Wira KBS dalam Kejuaraan Cub Prix PETRONAS MAM Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

Ditubuhkan pada 2009, Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ percaya dengan motto mereka “always being ahead, never look back”. Terdiri daripada skuad pelumba muda berbakat seperti Afif Amran dan Akid Aziz, yang telah merangkul pelbagai takhta Juara Keseluruhan pada Kejuaraan Cub Prix PETRONAS MAM Malaysia, pasukan lumba ini kekal teguh dalam misi mereka untuk membakar semangat kesukanan dan menyemarakkan semangat setiakawan pasukan di litar.

Pasukan Lumba Motor PETRONAS Sprinta Yamaha Maju, ditubuhkan pada 1997 oleh bekas pelumba Yong Ying Hoe, didorong dengan tujuan untuk meraih hasil yang luar biasa. Pasukan lumba itu mengekalkan rekod bagi jumlah kejuaraan paling banyak yang diraih dalam Kejuaraan Cub Prix PETRONAS MAM Malaysia. Dengan 5 pelumba yang bersaing musim kejuaraan ini, Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju menyasarkan untuk meninggalkan kesan yang berkekalan pada setiap litar yang mereka saingi.

Sebagai sebahagian dalam kerjasama ini, Red Bull akan menganjurkan peraduan tidak lama lagi, menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memiliki motosikal Yamaha Y15ZR edisi terhad ditandatangani eksklusif oleh pelumba terpilih dari tiga pasukan lumba PETRONAS Sprinta Yamaha. Terus bersama kami untuk butiran lanjut dengan mengikuti Instagram dan laman Facebook Red Bull atau lawat laman web rasmi.

Untuk memperingati lembaran baharu yang menggembirakan ini, Red Bull memperkenalkan siri minuman baharu – Red Bull Energy Sparkling, sesuai untuk individu muda aktif yang mencari rangsangan tenaga yang ringan dan menyegarkan. Tersedia dalam tin 250ml, siri baharu ini menawarkan aroma buah yang menggembirakan, rasa menyegarkan tanpa gula, dan didatangkan dalam dua perisa menarik: Limau Bali dan Epal & Anggur Muscat. Siri Red Bull Energy Sparkling boleh didapati dari RM3.10/tin di pasar raya utama dan kedai serbaneka.

Di samping itu, Red Bull Gold kini boleh didapati di dalam saiz serba baharu – 325ml. Memenuhi kehendak individu tegar yang sifat kerjanya memerlukan tenaga tinggi, Red Bull Gold 325ml baharu menghasilkan minuman yang lebih memuaskan dan lebih besar yang didatangkan dengan Vitamin B6, Vitamin B12 dan 1,300mg Taurine. Ia membolehkan individu menjalani hari mereka dengan LEBIH tenaga, LEBIH fokus. Kedua-dua varian 250ml dan baharu 325ml sedia ada masing-masing boleh didapati daripada RM3.10/tin dan RM3.70/tin di pasar raya utama dan kedai serbaneka.

“Dengan warisan lama Red Bull dalam memberi tenaga kepada rakyat Malaysia sejak 1993, usaha kami dalam sukan permotoran didorong oleh komitmen untuk menemukan dan membangunkan bakat di peringkat akar umbi. Matlamat kami adalah jelas – kami mahu mengubah potensi kepada kecemerlangan, dan kecemerlangan kepada pengiktirafan global; dan kami komited untuk memacu mereka untuk mencapai potensi terbaik mereka,” kata Lee.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *