(SUKAN) TIGA PASUKAN SAH BERENTAP MENGGUNAKAN VOGE FR150 DALAM KEJUARAAN MALAYSIAN CUBPRIX 2026 KATEGORI PRO-AM.

Spread the love

PULAU PINANG, 13 APRIL 2026 – Tiga pasukan perlumbaan tempatan disahkan akan berentap dalam Kejuaraan Malaysian Cubprix (MCP) 2026 bagi kategori Pro-Am dengan menggunakan motosikal VOGE FR150, yang telah membuktikan prestasinya apabila berjaya meraih beberapa kedudukan podium pada musim lalu.

Pengumuman ini telah disampaikan oleh Asri Ahmad, Ketua Pegawai Operasi Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., semasa majlis perasmian pasukan TW Racing Team baru baru ini.

Menurut beliau, penyertaan tiga pasukan ini mencerminkan keyakinan tinggi terhadap prestasi dan keupayaan VOGE FR150. Jentera ini mampu memberikan saingan sengit dan mencapai keputusan cemerlang dalam MCP 2026.

Pasukan yang akan menggunakan jentera tersebut adalah:

  • KBG Motorsports
  • TW Racing Team
  • 74 Racing Team

Penyertaan ini turut melibatkan tiga pasukan bersama tujuh pelumba berbakat yang akan menggalas cabaran menggunakan jentera VOGE FR150. Gabungan kepakaran pasukan dan potensi pelumba ini diyakini mampu memberikan saingan sengit sepanjang musim.

Penyertaan ini menyerlahkan potensi besar VOGE FR150 sebagai jentera berprestasi tinggi yang mampu bersaing dalam MCP 2026 yang akan berlangsung sebanyak lapan pusingan.

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. merakamkan penghargaan kepada semua pasukan atas komitmen dan kepercayaan yang diberikan. Pihak Mforce serta peminat sukan permotoran tempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan dan berharap dapat mempamerkan prestasi terbaik serta mengharumkan nama pasukan di pentas perlumbaan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *