Tag: Berjaya Mengutip RM8

(SEMASA) Kempen Media Sosial Bausch and Lomb Malaysia Berjaya Mengutip RM8,880 untuk Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia sempena Hari Penglihatan Dunia 2015

Bausch and Lomb

Sebuah kempen media sosial yang unik inisiatif daripada Bausch and Lomb Malaysia, yang dinamakan kempen Penjagaan Mata Anda telah menghasilkan kejayaan dengan kutipan berjumlah RM8,880. Kempen sepanjang dua bulan ini yang telah berlangsung dari 11hb Ogos hingga 30hb September, bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran mengenai kesihatan mata dan penjagaan mata yang betul disamping mengutip dana untuk Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia. Para pengguna Facebook diminta merakamkan video pendek masing-masing semasa melakukan senaman mata untuk membantu meregangkan otot-otot mata, memuat naik video tersebut ke laman Facebook mereka dengan #bauschandlombmalaysia & #careforyoureyes dan tag tiga orang rakan untuk melakukan perkara yang sama. Read more →