Tag: BOLLYWOOD

(HIBURAN) UDIT NARAYAN BAKAL BERTEMU PEMINAT BOLLYWOOD DI PULAU PINANG NOVEMBER INI

Pulau Pinang, 2 September 2024 –  Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena,Pulau Pinang pada 28hb November 2024. Udit merupakan suara latar lagu bagi ramai ikon Bollywood dan diantaranya adalah Shah Rukh Khan, Amir Khan, Amitabh Bachchan dan banyak lagi. Sepanjang tiga dekad kariernya, Udit telah menyanyikan lebih 25 000 buah lagu dalam lebih 36 bahasa sehingga membuatkan dirinya berjaya mendapat 22.3 juta pendengar di Spotify dan juga memenangi pelbagai anugerah. Read more →