Tag: DALAM

(HIBURAN) AZTECA DAN ASTRO BEKERJASAMA DALAM MEMORANDUM PERSEFAHAMAN PENERBITAN DAN PENGEDARAN

image008

Antara pengeluar rancangan televisyen bahasa Sepanyol terbesar di dunia, Azteca, dan Astro, penyiar televisyen berbayar terkemuka di Asia Tenggara telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)- bagi penerbitan dan pengedaran telenovela. MoU ini melibatkan tiga pihak, iaitu Azteca, Astro dan  Global Station, syarikat produksi Malaysia yang telah menerbitkan beberapa siri drama yang berjaya mendapat sambutan paling hebat di Malaysia. Ini merupakan peristiwa penting bagi ketiga-tiga pihak dan menandakan satu perkongsian erat jangka panjang bersandarkan kekuatan setiap pihak apabila Astro dan Global Station akan bersama-sama menerbitkan format telenovela Azteca yang diadaptasikan bersesuaian dengan penonton di Malaysia dan serantau. Di samping itu, Azteca akan menguruskan pengedaran antarabangsa telenovela yang telah dihasilkan. Read more →

(HIBURAN) 32 rekrut bakal berentap di dalam program THE BAND

1D4_9403

The Band ialah program TV realiti pencarian bakat nyanyian baru yang julung kali diadakan di Malaysia untuk menubuhkan sebuah kumpulan pop lelaki dan sebuah kumpulan pop wanita bertaraf antarabangsa. The Band bakal ke udara di Astrio Ria (Saluran 104) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134) bermula pada 7 April 2014 nanti. The Band bakal diterajui oleh Awal Ashaari sebagai Hos konsert, penyampai ERA iaitu Shac diberi tugas mengacara dairi Whazzup The Band manakal Damian Mikhail, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman mengalas tugas selaku tenaga pengajar. The Band juga bakal menyaksikan penglibatan Datuk Aznil Hj Nawawi, Yusri Abdul Halim (KRU) dan Syafinaz Selamat sebagai juri tetap. Read more →

(SEMASA) PERSIAPAN DAN PANDUAN MASA DEPAN BELIA DALAM ‘STRATEGI KERJAYA’ SECARA EKSKLUSIF DI ASTRO TUTOR TV SPM

Strategi Kerjaya (1)

Arus aliran dunia globalisasi kini memperlihatkan persaingan hebat di antara belia untuk menempatkan diri di dalam industri kerjaya. Oleh itu, Astro dengan penuh rasa tanggungjawab akan berkongsi persiapan dan juga panduan dalam menentukan arah tuju masa depan belia dalam sebuah siri pendidikan terbaru berjudul Strategi Kerjaya, pada setiap hari Jumaat bermula daripada 7 Mac 2014, jam 7.15 malam eksklusif di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603). Read more →

(SEMASA) HABIB TRULY MALAYSIA DI SURIA KLCC MEMUKAU PENGUNJUNG LUAR DAN DALAM NEGARA

IMG_5921crop

Malaysia adalah sebuah negara yang bukan sahaja kaya dengan pelbagai pilihan makanan, pengembaraan dan keajaiban semula jadi, ia juga adalah salah sebuah syurga membeli-belah yang terkemuka di benua Asia. Bersempena dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014, syarikat barang kemas tempatan terkemuka, HABIB, akan melancarkan pameran dan jualan bertemakan ‘HABIB Truly Malaysia’ yang akan berlangsung di Pusat Membeli Belah, Suria KLCC. Dengan kedatangan pelancong asing dan juga tempatan ke Suria KLCC, pameran tersebut menjadi lokasi yang ideal untuk acara pameran dan jualan ‘HABIB Truly Malaysia’ ini.

Read more →

(SEMASA) RESIPI MENARIK DARI KOKO HANYA DALAM ‘KOKOLOG’

DEX_8349

Apa kaitan di antara coklat, melancong dan membuat kerja amal? Jawapannya, tentulah KOKOLOG!  Program terbaru terbitan Primeworks Studios untuk TV9 (saluran 119), ini menggandingkan tiga elemen yang seakan-akan tiada kaitan tetapi bakal menceriakan hujung minggu (Ahad), pada jam 10.00 pagi, mulai 2 Mac 2014 ini. Read more →