Tag: dan

(SEMASA) PERSIAPAN DAN PANDUAN MASA DEPAN BELIA DALAM ‘STRATEGI KERJAYA’ SECARA EKSKLUSIF DI ASTRO TUTOR TV SPM

Strategi Kerjaya (1)

Arus aliran dunia globalisasi kini memperlihatkan persaingan hebat di antara belia untuk menempatkan diri di dalam industri kerjaya. Oleh itu, Astro dengan penuh rasa tanggungjawab akan berkongsi persiapan dan juga panduan dalam menentukan arah tuju masa depan belia dalam sebuah siri pendidikan terbaru berjudul Strategi Kerjaya, pada setiap hari Jumaat bermula daripada 7 Mac 2014, jam 7.15 malam eksklusif di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603). Read more →

(SEMASA) HABIB TRULY MALAYSIA DI SURIA KLCC MEMUKAU PENGUNJUNG LUAR DAN DALAM NEGARA

IMG_5921crop

Malaysia adalah sebuah negara yang bukan sahaja kaya dengan pelbagai pilihan makanan, pengembaraan dan keajaiban semula jadi, ia juga adalah salah sebuah syurga membeli-belah yang terkemuka di benua Asia. Bersempena dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014, syarikat barang kemas tempatan terkemuka, HABIB, akan melancarkan pameran dan jualan bertemakan ‘HABIB Truly Malaysia’ yang akan berlangsung di Pusat Membeli Belah, Suria KLCC. Dengan kedatangan pelancong asing dan juga tempatan ke Suria KLCC, pameran tersebut menjadi lokasi yang ideal untuk acara pameran dan jualan ‘HABIB Truly Malaysia’ ini.

Read more →

(SEMASA) MRCA BRAND ACHIEVEMENT 2014 PENGIKTIRAFAN KEPADA MEREKA YANG BERANI BERIMAGINASI DAN TERBANG TINGGI

DEX_8164

Kata orang, cara terbaik untuk meramal masa hadapan adalah dengan menciptanya sendiri. Itulah yang sebenarnya dilakukan oleh seseorang usahawan iaitu – mencari perubahan, bertindak balas dan mengeksploitasi sesuatu untuk mendapatkan peluang ekonomi. Read more →

(SUKAN) CABARAN QPR, SPURS & CARDIFF MENANTI SOCCER KIDS 6

Soccer Kids 6

Soccer Kids, sebuah program realiti mencari bakat pemain bola sepak telah memasuki musim ke-6! Sejak diperkenalkan pada tahun 2007, Soccer Kids telah melahirkan pemain-pemain berpotensi seperti Daniel Amier, Asnan Awal Hisham, Solehin Mohd Nasir dan Hazrull Hafiz Zulkifli. Musim baharu ini pasukan Soccer Kids dilatih oleh Somasundram Periasamy, dibantu oleh Gunalan A/L Karupiah dan jurulatih penjaga gol, Hazahan Mohamed Hanaffi. Read more →

(HIBURAN) PELANCARAN SINGLE & MUZIK VIDEO ‘JODOH BERDUA’ DAN PENGUMUMAN KONSERT HAFIZ HAMIDUN

MAJLIS PELANCARAN SINGLE & MUZIK VIDEO ‘JODOH BERDUA’ HAFIZ HAMIDUN-11

Hafiz Hamidun atau nama penuhnya Mohammad Hafiz bin Hamidun merupakan seorang penyanyi, pengacara, pencipta lagu, penerbit dan selebriti Malaysia yang popular dengan album ‘Zikir Terapi Diri’ beliau. Hafiz juga telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peminat beliau di mana saat masalah jualan album yang merudum, album ‘Zikir Terapi Diri’ dan ‘Zikir Terapi Diri 2’ beliau telah berjaya dijual dalam angka yang besar dimana ia telah menjangkaui lebih dari 200,000 unit. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat diri Hafiz khususnya dan industri muzik tanah air amnya. Read more →