MILO® meraikan kekuatan serta semangat takkan gentar rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini. Menerusi kerjasama dengan jenama kreatif tempatan, Loka Made, MILO® telah melancarkan Koleksi Tin MILO® Edisi Terhad 1.5kg 2021 yang mengungkapkan pertalian erat antara MILO® dengan Malaysia, selari dengan tradisi tahunannya untuk menyebarkan keceriaan dengan barangan koleksi yang dinanti-nantikan. Tahun ini, tradisi ini telah diberikan suntikan nafas baharu dengan ciri Realiti Berperantara (AR) buat julung-julung kalinya. Read more →
Tag: dan
(SEMASA) MILO® Melancarkan Tin Edisi Terhad Menghargai Semangat Malaysia sempena Merdeka dan Hari Malaysia
(HIBURAN) SIRI ANIMASI KALIMULLAH DAN HABIBULLAH DAPAT SAMBUTAN RAMAI DI NURFLIX
Bermula 10 Ogos lalu, dua siri animasi dengan tajuk Habibullah dan Kalimullah ini telah mula dipertontonkan kepda umum dan rata-rata penonton merasakan kandungan siri sebegini sangat sesuai sebagai tontonan seisi keluarga. Diana Amir selaku Penerbit Eksekutif Nurflix Junior berasa bersyukur kerana siri-siri kenabian ini mula mendapat perhatian bukan sahaja golongan kanak-kanak malahan juga golongan dewasa. Berikut merupakan sebab mengapa anda WAJIB menonton siri-siri ini,menurut Diana Amir dan Fara Fauzana: Read more →
(SEMASA) Titipan khas MILO® dan Al-Ikhsan Sports menyemarakkan tenaga 15,000 pelajar kembali ke sekolah dengan selamat
Kemeriahan suasana di sekolah-sekolah menengah kembali dirasai bermula awal April lalu setelah tamatnya perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran di rumah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan kedua. Pembukaan semula sekolah amat dinanti-nantikan khususnya oleh para pelajar Tingkatan 1 yang teruja untuk memulakan sesi persekolahan secara bersemuka dengan guru-guru dan rakan-rakan baharu, berikutan peralihan ke alam persekolahan menengah yang dialami secara dalam talian sebelum ini. Read more →
(HIBURAN) JOE FLIZZOW BIKIN VIDEO MUZIK DENGAN MK DAN JAY PARK?
Penyanyi Rap No. 1 Malaysia, Joe Flizzow hari ini memuat naik video-video pendek dalam story Instagram miliknya dengan memaparkan sekumpulan tenaga kerja produksi sedang bersiap untuk penggambaran. Menariknya di sebalik rakaman-rakaman pendek tersebut beliau turut memaparkan latar beberapa jentera mewah ‘supercar’ berkilat disinari lampu neon. Berbusana serba hitam dengan gaya ikonik rap tahun 90-an, Joe tampak cukup bergaya mengenakan but kuning Timberland dan pelitup kepala putih ‘durag’, macam gaya dulu-dulu! Read more →
(HIBURAN) Hael Husaini dan Cakra Khan Berganding Dalam ‘Terlanjur Cinta’
Setelah meraih kejayaan demi kejayaan, penyanyi serta pencipta lagu berbakat besar Hael Husaini terus mengorak langkah dalam industri muzik dengan pelbagai inovasi. Terbaru penyanyi ini bergandingan dengan vokalis bersuara unik dari negara jiran Indonesia, Cakra Khan lewat mahakarya terbaru mereka berjudul ‘Terlanjur Cinta’. Read more →
