Puchong, 6 Januari 2024 – Kementerian Belia dan Sukan melalui Esports Integrated (ESI) telah menganjurkan EsportsCon Malaysia 2024 yang diadakan di Spacerubix, Puchong hari ini. Konvensyen ini bertujuan untuk menyediakan ruang inklusif untuk peminat permainan, warga profesional industri, dan peminat teknologi untuk berinteraksi, berhubung, membina rangkaian, dan berkongsi minat mereka terhadap permainan. Acara ini mempamerkan pelbagai jenama universiti dan teknologi, perbincangan panel mengenai topik-topik panas dalam esukan, pertemuan perniagaan B2B dan Networking, perlawanan tunjuk cara dengan KOL esukan, persembahan cosplay, trak makanan dan banyak lagi. Read more →