Tag: IGNORE

(HIBURAN) PEARL ABDUL MUNCUL DENGAN ‘IGNORE’

Bekas alumni Diploma Muzik di Aswara serta jurulatih renang separuh masa ini tidak berputus asa untuk menceburi serta mengorak langkah dalam bidang seni suara tanahair.  Berbekalkan keunikan tersendiri dari segi fesyen dan suara yang lain daripada yang lain,  pendatang baharu anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan, Pearl Abdul mempunyai pakej yang berlainan, memulakan langkah perdananya sebagai pendatang baharu industri muzik tempatan dan berada di bawah naungan syarikat rakaman unggul, Armani Entertainment Group (AEG). Pearl hadir dengan single pertamanya berjudul ‘IGNORE’ hasil ciptaan komposer yang sedang meningkat naik, Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & Jova Devito, manakala terbitan oleh AEG sepenuhnya. Read more →