Kuala Lumpur, 9 Ogos 2025 – Experian Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan gemilang program “Leaders on the Walk”. Acara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bersejarah ini, diadakan dalam semangat meriah sambutan Merdeka, telah menyaksikan penyertaan luar biasa lebih daripada lebih 20 pemimpin industri dan eksekutif tertinggi yang berjalan bersama dengan lebih 300 pelajar universiti, graduan baharu, profesional muda dan pengurus baharu dalam kerjaya mereka sepanjang laluan dinamik sejauh 5 kilometer. Inisiatif ini berjaya merapatkan jurang serta memecahkan tembok antara pemimpin berpengalaman dan bakat baharu, membina hubungan mentor secara langsung dan dialog yang bernilai di luar persekitaran rasmi dan tradisional.
