Tag: karyawan

(HIBURAN) SOKONGAN TERHADAP PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA DAN GARIS PANDUAN HAK CIPTA ORGANISASI PENGURUSAN KOLEKTIF 2025 SERTA BANTAHAN TERHADAP TINDAKAN MAHKAMAH OLEH BADAN KUTIPAN ROYALTI YANG CUBA MENGHALANG PERLAKSANAANNYA

Sejarah dan Perkembangan Akta Hak Cipta Malaysia

Akta Hak Cipta 1987

Akta Hak Cipta Malaysia 1987 merupakan asas utama dalam sistem perlindungan hak cipta di negara ini. Ia memberikan hak eksklusif kepada para pencipta ke atas hasil kerja asli mereka, termasuk penulis, komposer, pelaku (performers), dan pemegang hak lain. Hak eksklusif ini direka bagi menggalakkan kreativiti dan memastikan mereka mendapat imbuhan yang adil daripada eksploitasi karya kreatif mereka. Akta ini telah beberapa kali dipinda untuk disesuaikan dengan keperluan semasa dan perkembangan industri kreatif global. Music Authors’ Copyright Protection Berhad (MACP) dan Public Performance Malaysia Sendirian Berhad (PPM – Sdn Bhd) tertubuh sejurus selepas, daripada Akta Hak Cipta 1987. Read more →

(SEMASA) Sekitar 5,000 Pengunjung Memeriahkan Karnival Kita Peduli mySalam Skim perlindungan kesihatan percuma kerajaan raih perhatian masyarakat dengan pendidikan sambil berhibur

2 November 2024, Selangor- Great Eastern Takaful Berhad (GETB),yang telah dilantik sebagai pengurus skim perlindungan kesihatan percuma kerajaan, mySalam terus giat memperkukuh usaha mempromosikan inisiatif bantuan masyarakat dengan penganjuran Karnival Kita Peduli bertempat di AEON Mall Bukit Raja pada hari ini. Read more →

(HIBURAN) KARYAWAN raih derma lebih RM100,000 melalui Konsert Amal The Legends

Konsert ‘Makan Malam Amal The Legends’ yang berlangsung di Dewan Perdana Felda pada 2 Jun 2024 yang lalu telah berjaya mengumpul dana lebih RM100,000. Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata konsert makan malam amal itu bertujuan mengumpul dana dan membantu penggiat seni veteran yang berdepan kesulitan hidup, termasuk uzur dan hilang upaya, yang memerlukan bantuan secara konsisten. Read more →

(HIBURAN) Sambutan Hari Raya Aidiladha KARYAWAN Bersama Kariah Damansara Perdana

Pada hari raya Aidiladha yang lepas, bertempat di Surau Perdana, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor, Persatuan Karyawan Malaysia atau KARYAWAN telah menyertai gotong royong peyembelihan 18 ekor lembu bersama-sama masyarkat setempat di Damansara Perdana. Read more →

(SEMASA) Majlis Pelancaran Festival Seni INSAN ISTIMEWA

Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) buat julung kali telah menganjurkan Festival Seni Insan Istimewa dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya disokong oleh Yayasan Wilayah Persekutuan dan Persatuan OKU Sentral bagi menyokong bakat dan kebolehan seni yang dimiliki golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Festival ini telah diadakan di pusat beli-belah KL Gateway Mall, Kerinchi pada 30 Okt bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Read more →