Kempen ikonik ‘’ (WAMM) oleh Nestlé Omega Plus® kembali dengan fokus diperbaharui untuk menggerakkan rakyat Malaysia bersama Yayasan Jantung Malaysia (YJM), serta sejajar dengan seruan global Persekutuan Jantung Sedunia (WHF) dalam menangani penyakit kardiovaskular. Nestlé Omega Plus® menggandakan sumbangan tahunannya kepada RM200,000 kepada YJM dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) bagi menampung keperluan kewangan pesakit jantung serta menyokong penyelidikan, pendidikan dan program kesedaran kesihatan jantung.
Nestlé Omega Plus®, rakan kongsi utama kesihatan jantung rakyat Malaysia, meraikan pencapaian bersejarah tahun ini dengan kembalinya kempen ikonik Walk A Million Miles (WAMM) sempena ulang tahun ke-25, yang terus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia menjaga kesihatan jantung melalui amalan berjalan, bersenam, pemakanan bertanggungjawab serta meningkatkan kesedaran risiko kolesterol tinggi. Read more →
