Festival Perkampungan Budaya Melayu ‘Malay World Cultural Paradise’ berhasrat untuk menjadi sebuah produk yang menjadi tarikan pelancongan pilihan nombor satu di Malaysia khasnya komuniti setempat seterusnya menjadi platform promosi aktiviti seni dan kebudayaan Melayu ke peringkat global. Justeru itu, menjadi produk pelancongan Malaysia yang akan mempamerkan seni dan budaya setempat kepada pelancong menerusi media sosial secara menyeluruh. Festival ini dianjurkan bagi membuka ruang kepada masyarakat untuk menghayati keunikan seni dan budaya Melayu khasnya menerusi tarian, nyanyian, pakaian, bahasa, makanan warisan, permainan rakyat di samping meningkatkan ekonomi di kalangan usahawan tempatan. Program ini adalah kesinambungan kempen #saveiramamalaysia yang diasaskan oleh Noraniza Idris. Read more →
Tag: NORANIZA IDRIS
(HIBURAN) L’Zzay Lancarkan Single #MohonTerasa Dengan Ratu Pop Tradisional Negara Noraniza Idris
Kuala Lumpur (April 2016) – Selepas kejayaan single ‘Joget Selfie Raya’ yang menjadi fenomena ketika sambutan Aidilfitri tahun lepas, L’Zzay kini kembali dengan single terbaru yang diberi judul #MohonTerasa. Dengan minat yang mendalam terhadap irama tradisional sejak dari bangku sekolah lagi, beliau telah menghasilkan sebuah lagu yang menggabungkan elemen R&B dan irama zapin bersama produser muda berbakat besar, Rudy Abdul Halim.
Read more →