Pengembaraa ISUZU V-Cross – siri realiti 4X4 yang pertama di Malaysia menamatkan cabarannya baru-baru ini dan orang ramai berpeluang menyaksikan webisod siri tersebut menerusi laman YouTube bermula 4 November 2014. Siri realiti 4X4 itu memperlihatkan enam pasukan berpasangan mengharungi cabaran penuh debaran dan keseronokan di pelbagai lokasi sekitar Ulu Selim dan Teratak Riverview, Perak menggunakan ISUZU D-MAX V-Cross 3.0 yang baru – pemenang Anugerah Trak Pikap Nilai Wang Terbaik Asian Auto, sekaligus menikmati keteguhan cemerlang, ciri-ciri kecekapan minyak dan keselamatan kenderaan berkenaan. Tiga peserta pusingan akhir yang bertuah juga berpeluang bergandingan dengan Ben dan Hafiz dari FlyFM serta pelakon tempatan Diana Danielle. Read more →