Kuala Lumpur, 27 Julai 2023 – Duli Yang Teramat Mulia (D.Y.T.M.) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor membangunkan usahawan OKU melalui program Liga Usahawan OKU Malaysia atau SAY LEAD PRO melalui Selangor Youth Community (SAY) disokong oleh Yayasan Hasanah. Usaha ini adalah untuk membangunkan usahawan OKU yang berbeza latar belakang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan melalui program keusahawanan yang telah berlangsung selama 18 bulan. Read more →