Tag: Terlanjur Cinta

(HIBURAN) Episod akhir Terlanjur Cinta

terlanjur cinta 1

 

CINTA NIA MILIK SIAPA?

Drama bersiri Terlanjur Cinta kini di penghujungnya.  Drama penuh konflik gandingan mantap pelakon hebat Siti Saleha, Aqasha, Nazim Othman, Marsha Milan, Raja Ema, Ridzuan Hashim dan Zul Ariffin ini bakal menemui penghujungnya pada 7 Januari ini.  Episod akhir ini akhirnya akan memperlihatkan sisi jahat Amanda (Marsha Milan) yang tidak pernah ikhlas mencintai Fareth (Aqasha). Fareth ditimpa kemalangan dan akibatnya kedua belah kakinya lumpuh.   Sejak itu, hidupnya mula murung memikirkan keadaan dirinya yang sudah tidak sempurna lagi.  Lebih menyedihkan, kasih yang ditagih daripada Amanda rupa-rupanya palsu belaka.   Fareth kesal kerana selama ini Amanda hanya mempergunakannya untuk mendapatkan tender yang menjadi milik syarikatnya. Read more →