(HIBURAN) Episod akhir Terlanjur Cinta

Spread the love

terlanjur cinta 1

 

CINTA NIA MILIK SIAPA?

Drama bersiri Terlanjur Cinta kini di penghujungnya.  Drama penuh konflik gandingan mantap pelakon hebat Siti Saleha, Aqasha, Nazim Othman, Marsha Milan, Raja Ema, Ridzuan Hashim dan Zul Ariffin ini bakal menemui penghujungnya pada 7 Januari ini.  Episod akhir ini akhirnya akan memperlihatkan sisi jahat Amanda (Marsha Milan) yang tidak pernah ikhlas mencintai Fareth (Aqasha). Fareth ditimpa kemalangan dan akibatnya kedua belah kakinya lumpuh.   Sejak itu, hidupnya mula murung memikirkan keadaan dirinya yang sudah tidak sempurna lagi.  Lebih menyedihkan, kasih yang ditagih daripada Amanda rupa-rupanya palsu belaka.   Fareth kesal kerana selama ini Amanda hanya mempergunakannya untuk mendapatkan tender yang menjadi milik syarikatnya.

Terlanjur Cinta Poster

Fareth menjadi murung dan mula menyesali semua kesilapannya terhadap Nia (Siti Saleha).  Tan Sri Firdaus (Ridzuan Hashim) terpaksa meminta pertolongan daripada Nia untuk menjaga Fareth buat sementara waktu sehingga semangat Fareth pulih seperti sedia kala.   Keputusan Nia dibantah keras oleh Azura kerana bagi Azura, Nia hanya dipergunakan untuk kepentingan Fareth sedangkan selama dia menjadi isteri Fareth, tidak pernah sekali pun Nia menerima layanan baik daripada keluarga Fareth. Bagaimanapun, Amrin (Nazim Othman) yakin,  niat Nia hanya ingin membantu Fareth dan dia akan tetap setia di sisi Nia untuk menyokong segala tindakan Nia. Layakkah Fareth untuk dicintai Nia atau mungkinkah Amrin yang dipilih Nia untuk menjadi pelindung diri dan anak yang bakal dilahirkannya? Segalanya hanya akan terjawab dalam episod akhir Terlanjur Cinta Isnin ini di Skrin Di 9 jam 8.30 malam hanya di TV9!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *