8 Disember 2012 – bertempat di Mid Valley , Kuala Lumpur , telah berlangsungnya majlis ulangtahun ke 3 , laman sesawang hiburan terkenal ” Rentak Artis Dot Com ” yang berkolaborasi bersama selebriti terkenal Siti Saleha. Read more →
Archive for: December 2012
(HIBURAN) Maharaja Lawak Mega – 3 peserta tersingkir sekaligus malam ini.. Da Di Du, Pi Mai dan Balas.
Seperti yang dijangka Da Di Du, Pi Mai dan Balas menjadi 3 peserta tersingkir sekaligus malam ini. Setelah 3 minggu berturut-turut 4 kumpulan berada ditangga tercorot iaitu R2, Da Di Du, Pi Mai dan Balas. Komedi dari pelawak-pelawak otai seperti Da Di Du dan Pi Mai tidak mendapat tempat di hati peminat lawak jenaka tanah air. Ia seumpama seperti sudah kering idea-idea baru dan segar.
(HIBURAN) Setelah 29 Tahun “Adik Manja” Kembali Ke Pawangan
Sinopsis filem Adik Manja Returns
Mengisahkan kenakalan para pelajar perempuan di Kolej Professional Skill hingga menyebabkan Pengetua Sofia (Rozita) terpaksa mengambil khidmat bekas pensyarah lelaki kolej tersebut iaitu Cikgu Azmi (Dharma).
Banyak cabaran yang terpaksa Cikgu Azmi hadapi bagi memulihkan para pelajar di situ terutama sekali dua kumpulan pelajar yang sering mendatangkan masalah disiplin iaitu kumpulan Bib (Faezah) dan kumpulan Su (Juliana). Filem ini juga memaparkan gaya hidup remaja kini yang gemarkan tarian Shuffle dan Hip-Hop.
Saksikan bagaimana Cikgu Azmi menggunakan formulanya bagi memulihkan dan mendamaikan dua kumpulan pelajar perempuan berkenaan nanti… Read more →
(SEMASA) PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN GAZA “UNIVERSAL RUMPUN”
TRAGEDI demi tragedi yang berlaku di Semenanjung Gaza, Palestin sememangnya menyentak hati kebanyakan rakyat negara ini, yang sedari dulu begitu prihatin terhadap nasib rakyat negara itu diperlakukan dengan kejam oleh tentera Israel sejak sekian lama. Read more →
(HIBURAN) PANIK – Rancangan Realiti Waktu Malam Pertama Di Malaysia
NTV7 memperkenalkan sebuah lagi rancangan realiti berkonsep baru iaitu PANIK. Rancangan permainan TV realiti malam pertama di Malaysia ini telah dirakamkan di beberapa lokasi misteri di mana artis-artis Malaysia yang terpilih menjadi pesertanya. Rancangan sebanyak enam episod itu merupakan sebuah idea baru yang diinspirasikan daripada program Seekers, Ghost Hunters, Fear Factor, Total Black Out dan Estate of Panic. PANIK menampilkan dua kumpulan di mana kumpulan A terdiri daripada Milea Aimilia, Ika Nabila, Juffri Rayyan William dan Ezany Nizariff manakala kumpulan B dibarisi pelakon Danny (X-Factor), Marlon (V.I.P), Anis Al-Idrus dan Shakila Khoriri. Rancangan yang dihoskan oleh Redzuan Hashim itu akan ditayangkan setiap Rabu bermula 2 Januari 2013 , jam 8.30 malam di ntv7, Saluran Ceria Anda. Read more →





