Archive for: December 2012

(SEMASA) PELANCARAN PROGRAM BARU TV3 ‘APA KHABAR ORANG KAMPUNG’

Susulan daripada program Kampung Kita, sekali lagi TV3 bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi program travelogue ‘Apa Khabar Orang Kampung’. Program yang dihoskan oleh Azwaliza Azman akan menyingkap keistimewaan sesebuah kampung yang mempunyai pelbagai inisiatif dari segi ekonomi dan sosial dalam usaha melahirkan komuniti luar bandar yang berwawasan. Majlis pelancaran program ‘Apa Khabar Orang Kampung’ telah dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal. Program 30 minit ini akan bersiaran selama 13 episod ini bermula 21 Disember 2012, setiap Jumaat jam 6 petang di TV3. Read more →

(HIBURAN) B.O.B bakal mengegarkan Konsert Watson Music Festival

Bobby Ray Simmons, Jr. dilahirkan pada 15 November 1988, Beliau lebih dikenal dengan nama pentas sebagai B.o.B, Beliau adalah seorang rapper dan juga penyanyi lagu serta  produser album. Penyanyi yang berasal dari Amerika Syarikat ini terkenal menerusi singel pertamanya melalui lagu “Nothin’ on You” yang dinyanyikan berduet bersama Bruno Mars.

Read more →

(HIBURAN) Di Sebalik Tabir Filem ” Sunti @ Facebook.com “

Pihak Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK) dengan kerjasama pengurusan produksi Arie Zahrie Production telah membawa sekumpulan wartawan mengikuti program di sebalik tabir pembikinan filem terbaru arahan James Lee iaitu” Sunti @ Facebook.com ” . Pengambaran yang berlokasikan rumah lama di kawasan Jalan U-Thant ini memberi peluang kepada pihak media merasai suasana seram dan juga memberi peluang pihak media beramah mesra dengan barisan pelakon dan krew filem ” Sunti @ Facebook.com “. Read more →

(SEMASA) MEDIA PRIMA UMUM INTEGRASI DIGITAL

PETALING JAYA, 12 Disember 2012 – Media Prima Berhad (“Media Prima” atau “Kumpulan”), kumpulan media bersepadu nombor satu negara hari ini melancarkan unit perniagaan digitalnya yang diperluas iaitu ‘Media Prima Digital’, yang juga merupakan entiti seumpamanya.yang terbesar di negara. Read more →

(HIBURAN) Di Sebalik Tabir Pengambaran Filem ” Usin UFO”

 

Pihak media telah dijemput ke set penggambaran filem Usin UFO arahan sutradara baru Zul Yahya. Berlatar belakangkan perkampungan di sepanjang Pantai Sepat, Kuantan, Pahang. Proses pengambaran filem Usop UFO ini berjalan dengan lancarnya hasil kerjasama dengan pasukan produksi dan juga masyarakat kampung sekeliling.  Read more →