Archive for: February 2013

(HIBURAN) Drama siri slot aksi berjudul ‘Karlos’, inspirasi dari kisah benar di TV3

Tonggak utama KARLOS, Syazwan, Risteena dan Johan

Menyusul selepas drama siri ‘Spy M’, sebuah lagi drama siri slot aksi berjudul ‘Karlos’, inspirasi dari kisah benar. Karya terbaru sutradara Feroz Kader bersama penulis skrip, Sofia J Rhyland ini menampilkan tonggak utama, Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Namron, Sherlie Merlis, dibantu oleh Azhar Sulaiman, Leez Rosli, Elmy Moin, Ika Zulkifli, Nur Risteena dan Jay Iswazir. Read more →

(HIBURAN) ” Kerana Lelaki Itu ” drama baru bagi slot Ratu di TV9

Kerana Lelaki Itu3cropsmall

Kerana Lelaki Itu, sebuah drama baru bagi slot Ratu akan menggantikan drama Dalam Setiap Sujud yang berakhir pada 25 Februari ini.  Drama Kerana Lelaki Itu penuh dengan unsur kasih sayang, hasad dengki dan kekecewaan ini bermula dengan perkahwinan Dr. Hanafi bersama pasangannya Diana, seorang peguam dan Syukri bersama Munirah. Dr. Hanafi dan Syukri telah berjanji untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan masing-masing. Setelah dua tahun berkahwin, Diana masih lagi belum mendapat zuriat. Diana tahu perasaan suaminya dan telah mencadangkan suaminya untuk berkahwin dengan Azzah, sahabat baiknya. Setelah mendapat seorang cahaya mata, Dr. Hanafi jarang pulang ke rumah Diana. Read more →

(HIBURAN) Episod Akhir ” Dalam Setiap Sujud ” di TV9

Fareez Jannah

Persoalan tentang siapakah di antara Fareez dan Hendra yang akan menjadi pilihan Jannah akan terlerai dalam episod akhir Dalam Setiap Sujud yang menjadi pilihan ramai penonton bagi slot Ratu di TV9 pada 25 Februari ini. Read more →

(HIBURAN) Sidang Media Konsert “Adnan Sami Live in KL 2013”

IMG_6437small gmo

22 Februari 2013 – Bertempat di Restoran Trishna , Hotel Istana Kuala Lumpur telah berlangsungnya sidang media konsert penyanyi Adnan Sami. Penyanyi kelahiran British dan berasal dari Pakistan ini bakal mengadakan persembahan julung-julung kalinya di Malaysia pada 1 Mac 2013 bertempat di Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana , Kuala Lumpur. Read more →

(HIBURAN) Filem ” Lawak Ke der 2 “

IMG_6489

FILEM LAWAK KE DER 2

Malaysia mula diperkenalkan dengan persembahan komedi Lawak Ke Der pada bulan Februari tahun lalu. Kejayaan yang ditempa melalui persembahan itu kemudiannya disusuli dengan Lawak Ke Der 2. Seramai 30,000 rakyat Malaysia menutupi tirai tahun 2012 mereka dengan gelak tawa bersama Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya. Read more →