Archive for: March 2013

(SUKAN) Larian amal Feel Good Run 2013 sempena sambutan 15 tahun ntv7

FGR 2013 LOGO2small

Tidak hairan jika rakyat Malaysia memilih untuk menikmati makan malam dan terus merehatkan diri di atas sofa sehingga terlena selepas seharian bekerja berbanding melakukan aktiviti fizikal mahupun beriadah. Pelbagai alasan diberikan rata-rata mereka yang menjalani gaya hidup yang kurang sihat ini. Oleh sebab itulah, ntv7 cuba untuk menggalakkan masyarakat hari ini untuk mengubah cara hidup mereka ke arah yang lebih sihat dan ceria. Menurut Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dikeluarkan pada tahun 2011, 15.1% daripada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas mengalami masalah obesiti. Malah sehingga kini sebanyak 75% daripada kita tidak meletakkan kepentingan untuk bersenam sebagai sebahagian daripada rutin harian. Inilah antara sebab utama, Saluran Ceria Anda mengambil peluang untuk mempromosi usaha murni ini untuk meneruskan acara larian amal Feel Good Run 2013 yang kini memasuki tahun ketiganya untuk menyebarkan keceriaan di sambil memastikan masyarakat mengamalkan amalan hidup sihat. Read more →

(HIBURAN) “ Lentera Hati” buah tangan terbaru band ST12

IMG_9067Masih ingatkah lagi pada lagu  “jangan pernah berubah” ? Lagu ini yang menaikkan nama band ST12 pada ketika dahulu. Setelah menempa populariti yang memuncak, kumpulan ini berpecah dan meninggalkan pemain dram asalnya iaitu Pepep yang masih cuba meneruskan legasi band ST12. Setelah menyepi hampir 4 tahun, band ini kembali dengan barisan anggota baru iaitu vokalisnya Ridho Tuah serta dua ahli lain iaitu Koko dan Indra yang masing-masing bermain gitar. Dua ahli kumpulan asal ST12, Charly dan Pepeng mengumumkan pengunduran diri dari band itu sekitar tahun 2011. Pada majlis sidang media ini juga, band ST12 mempromosikan album baru yang bertajuk “ Lentera Hati” yang mengandungi lagu hit “Putih-Putih Melati” dan 9 buah lagu lain yang kesemuanya dicipta sepenuhnya oleh anggota ST12 iaitu Pepep. Lentera Hati sudah mula dipasarkan ke seluruh Asia Tenggara oleh Universal Music dan Rumpun Records. Read more →

(GAMBAR) Gun N Roses Live In Malaysia 2013

IMG_9020

Gun N Roses membuat persembahan sempena perlumbaan Formula 1 (F1) Petronas Malaysia Grand Prix 2013. Read more →

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang (BMB) – KUMPULAN A MEMBUKA GELANGGANG AHAD INI

KUMPULAN A BMB (2)

Mensasarkan bakat baru yang berkebolehan dalam 2 bidang iaitu sketsa komedi dan nyanyian, program realiti terbaru TV3, Bintang Mencari Bintang (BMB) telah mempamerkan kemampuan anak didik yang terdiri daripada 2 solo dan 10 kumpulan menerusi konsert pengenalannya pada 10 Mac & 17 Mac 2013. Minggu lalu, para penonton telah menyaksikan pembahagian 12 anak didik kepada Kumpulan A dan Kumpulan B sebelum persaingan pertama BMB bermula pada 24 Mac 2013. Read more →

(SEMASA) Da’i – ‘DUA PENYINGKIRAN DI MINGGU KE-10’

SONY DSC

Kreativiti Bawa Finalis Ke Pusingan Seterusnya!

Satu kejutan yang tidak disangka! Itulah yang diterima oleh penonton dan peminat setia program Da’i semasa menyaksikan episod kesepuluh pada minggu lalu apabila pihak juri sebulat suara membuat keputusan untuk menyingkirkan dua finalis Da’i iaitu Mohamed Hazwan Bin Padzil dan Noraida Binti Jamlie dari meneruskan cabaran di medan perjuangan Pendakwah Milenia. Read more →