Archive for: March 2013

(HIBURAN) TANAH MERAH – MISTERI TRAGEDI DAN CINTA di NTV7

TM 001

Bermula 4 April ini, stesen Saluran Ceria Anda itu bakal menyiarkan sebuah drama bersiri Melayu urban berjudul Tanah Merah daripada penerbit tersohor, Kabir Bhatia setiap hari Khamis jam 8.30 malam di ntv7. Drama 13 episod itu membariskan pelakon muda berbakat, Aishah Hoo sebagai teraju utama serta barisan pelakon hebat lain seperti Wan Raja, Norman Hakim, Hakim Yazid, Nazeera Sardi, dan Zara Zya yang berkisar tentang misteri di sebalik sebuah tragedi dan cinta. Read more →

(HIBURAN) PAYSLIP BAND – GENERASI BARU YANG BERBAKAT BESAR!

IMG_9494

Kecil-kecil cili padi! Begitulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan kumpulan PAYSLIP yang membariskan remaja lingkungan umur belasan tahun ini. Dianggotai oleh 4 orang anak muda, PAYSLIP merupakan gabungan dua beradik Mohd Asrul Najmi (16 tahun) sebagai pemain bass dan Mohd Hakimi (15 tahun) sebagai vokalis, bersama dua remaja lagi yang berlatarbelakangkan kumpulan rock lagenda XPDC,  iaitu Nik Mohd Arif (16 tahun) sebagai pemain gitar, dan Syazwan (15 tahun) sebagai pemain drum. Read more →

(SUKAN) Pertunjukan Petronas Motorsport 2013

IMG_8456

KUALA LUMPUR – 17 Mac 2013 :  Peminat sukan bermotor Malaysia pada hari ini mendapat hadiah istimewa apabila berpeluang menonton dari dekat aksi pelumba handalan Malaysia, Jazeman Jaafar, Hafizh Syahrin Abdullah, Fariqe Hairuman, Melvin Moh dan Dominic Ang serta barisan bintang-bintang sukan permotoran yang digilap menerusi program Pembangunan Bakat Petronas antaranya  Afiq Ikhwan Yazid serta Nabil Jeffri. Read more →

(HIBURAN) ” Konsert Gegar 5 Legenda ” mengimbau nostalgia

IMG_8244smallGMO

Kuala Lumpur, 16 Mac 2013 – Kepuasan jelas terpancar pada wajah peminat-peminat 5 legenda rock tanah air ini yang memenuhi segenap ruang Istana Budaya sempena Konsert Gegar 5 Legenda. Konsert ini merupakan slot gantian selepas berlakunya penarikan diri salah satu persembahan yang sepatutnya memenuhi slot tarikh di Istana Budaya. Perancangan susulan pihak Istana Budaya dengan memasukkan program Konsert Gegar 5 Legenda ini bagi memenuhi kekosongan slot persembahan benar-benar berhasil dan memenuhi kehendak peminat lagu-lagu era 90-an. Persembahan yang berlangsung hampir 2 setengah jam ini menampilkan 5 otai terhebat seperti Saleem, Aris Ariwatan, Rahmad Mega, Zamani Slam dan Ali Terra Rossa. Read more →

(HIBURAN) Kutipan Filem Rock Oo Mencecah RM 4 Juta

image003cropGMOFilem ” ROCK OO “ arahan Mamat Khalid dengan lakonan amat mantap Khir Rahman, Que Haidar, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim dan ramai lagi telah berjaya memecah kutipan RM4 juta setelah 2 minggu berada di pawangan. Sepanjang tahun 2013 antara filem lain Grand Brilliance yang bakal menemui anda pada 2013 adalah Sembunyi : Amukan Azazil (28 Mac), Bisikan Syaitan (2 May 2013), Pecah, Pengapit, Balada Pencinta, KL Zombi, Mamak Cupcake, Lebuhraya Ke Neraka, Penanggal, KL Gangster 2 dan Anak Jantan yang mana dijangka bakal memecah rekod industri perfileman tanah air. Antara filem – filem terbaru yang sudah selesai sesi penggambaran adalah Sejoli (arahan Osman Ali) dan Gila Baby (arahan Kabir Bhatia).  Read more →