Archive for: April 2013

(HIBURAN) Keputusan Penuh ” Anugerah Bintang Popular Berita Harian ” 2012

533547_505410159503304_89716300_nShaheizy Sam meraih 79,656 undi mengetepikan Aaron Aziz, Zizan Razak, Neelofa, Adi Putra dan dinobatkan sebagai ” Bintang Paling Popular ” bagi edisi terbaru ABPBH 2012, peminat Sam bagai membalas dendam apabila berjaya mengembalikan semula trofi itu ke tangan pelakon kesayangan mereka setelah pada tahun lalu, Shaheizy Sam terpaksa merelakan trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2011 (ABPBH 2011) menjadi milik Aaron Aziz. Read more →

(HIBURAN) Layan Fest 2013

IMG_9752

Layan Fest 2013 merupakan mini festival hasil kerjasama Abuden Productions & KLpac. Festival yang dibuat di perkarangan KL Pac, Kuala Lumpur ini menghimpunkan ramai artis-artis bebas dari pelbagai genre industri hiburan tidak kira nyanyian, drama pentas, pemuzik-pemuzik bebas dan berorientasikan kekeluargaan. Objektif utama Festival Layan Fest 2013 adalah untuk menghimpunkan sebanyak mungkin dana bagi meneruskan aktiviti-aktiviti di  The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) ini disamping memperkenalkan KL Pac sebagai satu kawasan luahan rasa pengkarya bebas dan seniman-seniman bebas tempatan. Read more →

(SEMASA) ” DAPHNE ” BERTAPAK DI MALAYSIA

daphne logoEDITfinalsmall GMO

DAPHNE, sebuah jenama kasut yang terkemuka dari Tanah Besar China telah bertapak di Malaysia melalui gedung utamanya di Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Gedung terbaharu ini memperagakan koleksi kasut terbesar Musim Bunga/Panas 2013 dan beg yang menyerlahkan setiap wanita menjadi ikon gaya tersendirinya. Gedung utama tersebut direka khas untuk memaparkan konsep jenama DAPHNE yang menyerlahkan ‘approachable fashion’ kepada para pelanggannya. Gedung tersebut menggambarkan tenaga mesra, feminine, berinspirasi dan beramah melalui warna merah jambu yang sama dengan logo DAPHNE. Read more →

(SEMASA) PUMA “The Evolution of Suede ” telah tiba ke kemuncaknya

IMG_9565small

The Evolution of Suede telah tiba ke kemuncaknya.  Dengan dengan kerjasama Raising the Bar, Evolution of Suede Finale Party yang ditaja oleh Tiger dan Smirnoff  ini menandakan sambutan besar-besaran PUMA Suede ke 45. Majlis yang diadakan di CapSquare Hall, Kuala Lumpur ini telah dirasmikan oleh rakan-rakan PUMA, seperti James Baum, Nadhira, Zain Saidin dan ramai lagi personaliti dari pelbagai rumpun budaya yang berbeza di Malaysia. Read more →

(SEMASA) ” WeChat ” fenomena terbaru di Malaysia

562639_432064080221648_1636629472_nsmall

WeChat !! Apa itu WeChat ? WeChat merupakan aplikasi komunikasi dalam bentuk teks bermesej dan juga mesej bersuara untuk telefon bimbit yang dibangunkan oleh TENCENT Inc. yang berpengkalan di China. Pada peringkat awal pelancaran aplikasi ini, ia dikenali sebagai  “Weixin” di Negara China dan buat kali pertama dilancarkan pada Januari 2011. Aplikasi ini kemudiannya dinaiktaraf untuk menyokong (support) bahasa-bahasa antarabangsa lain selain dari bahasa Cina pada bulan Oktober 2011. Pada bulan April 2012, secara rasminya aplikasi ini dijenamakan semula sebagai “WeChat” selari dengan perkembangan pasaran di serata dunia. Menjelang bulan Mac 2012, aplikasi “WeChat” sudah mempunyai lebih kurang 100juta pengguna tegar dan terus meningkat kepada 200juta pada bulan September 2012 dan terus memuncak sehingga 300juta akaun pengguna pada bulan Januari 2013. Read more →