Archive for: August 2013

(SEMASA) ESCAPE momentum terbaru perkhidmatan Celcom

Picture 1

Celcom Axiata Berhad telah memperkenalkan satu perkhidmatan hiburan terbaru yang dinamakan sebagai ESCAPE yang merupakan satu perkhidmatan kandungan atau program secara online yang menyediakan kandungan seperti filem, drama bersiri, konsert dan banyak lagi. Perkhidmatan yang bakal beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2013 ini boleh diakses menggunakan web browser ataupun menggunakan aplikasi Android dan iOS pada peranti gadjet peribadi. Bercakap dipelancaran ESCAPE bertempat di Shangri-La Hoteldi Kuala Lumpur, Dato’ Sri Shazalli Ramly, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, perkhidmatan ini disasarkan kepada kesemua peringkat pelanggan Celcom yang sedia ada dan bakal dikembangkan lagi ke negara-negara lain seperti Sri Langka, Bangladesh, Combodia, Indonesia, Singapura Pakistan dan juga Thailand yang mana Celcom Axiata mempunyai syarikat bersekutu yang beroperasi dikesemua negara tersebut. Read more →

(HIBURAN) 96°C Café

96C Caf+¬ postercroipsmall

With its refined direction of reaching out to the “modern urban progressive adults” this year, ntv7 carefully selects content that is relevant to its target audience. Viewers can expect a continuous solid line-up of programmes to be shown in its successful weekday primetime slot from 9.30pm – 10.30pm including strong titles like “Super Hero at Home” and “The Undercover” that is currently airing every Monday to Thursday. Read more →

(HIBURAN) KL Zombi Serang Pawagam 29 Ogos Ini

GROUP PHOTO (1)

Resah pencinta filem tempatan berakhir apabila Grand Brilliance mengumumkan baru-baru ini bahawa filem terbaru terbitan mereka, KL Zombi akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 29 Ogos 2013. Filem yang diadaptasi dari novel Fixi karya Adib Zaini berjudul Zombijaya ini dianggap sebagai filem zombi pertama negara yang lengkap dengan tatarias dan efek yang setanding dengan taraf filem antarabangsa.  Selain menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem, Woo Ming Jin (Salon, Seru) juga mengolah skrip dan lakon layar untuk filem ini. Read more →

(HIBURAN) SINETRON ‘LOVE IN PARIS’ HIASI WAKTU PETANG PENONTON SETIA TV3

Love In paris (2)

Siapa sangka sebuah pengembaraan mampu merubah kehidupan seseorang. Itulah yang berlaku kepada Yasmin ketika dia mengunjungi Kota Paris untuk memenuhi impiannya namun segalanya berubah dalam satu pertemuan yang tak diduga. Berakhirnya sinetron Annisa, terbaru di slot Sinetron menampilkan pelakon hebat Michelle Ziudith, Rio Dewanto, Yunita Siregar dan Dimas Anggara menerusi sinetron LOVE IN PARIS. Read more →

(SEMASA) Personaliti TV3 & Artis Warnai Rumah Terbuka Wanita Hari Ini

Barisan hos WHI untuk Rumah Terbuka WHI - Nabihah, Fiza, Irin & Azzura

Tradisi kunjung mengunjung dan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri terus menjadi amalan masyarakat Malaysia. Bagi meneruskan amalan ini, program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) juga tidak ketinggalan mengadakan majlis rumah terbuka bagi meraikan Hari Lebaran tahun ini. Kemeriahan rumah terbuka ini diserikan dengan kehadiran personaliti WHI dan artis veteran seperti Datin Rosnani Jamil, Norlia Ghani dan artis-artis lain seperti Raja Noorbaizura, Zarina Zainuddin, Fauzi Al Qadri (Pelakon Spa Q1 & Spa Q2), Shiha Mentor. Apa yang lebih menarik, rumah terbuka ini turut meraikan 40 orang warga emas dari Rumah Seri Kenanga Cheras. Menerusi rumah terbuka ini, ia mampu membuatkan mereka yang bersendirian tanpa insan tersayang turut diraikan. Read more →