(HIBURAN) Gandingan Eksklusif Guba & Yuna Di Adelaide Festival Centre September Ini

GubaYuna Pix Studiogmo

Gabriel Robert Rawantas, atau lebih dikenali sebagai Guba di kalangan masyarakat Malaysia, telah dipilih oleh Adelaide Festival Centre untuk membuat persembahan di Festival OzAsia 2013. Festival OzAsia yang dianjurkan oleh Adelaide Festival Centre adalah acara tahunan yang diadakan pada bulan September selama dua minggu. Acara ini menyajikan persembahan kebudayaan oleh para karyawan Australia yang berasal dari negara Asia, dalam usaha untuk mengetengahkan warisan budaya Asia. Persembahan kebudayaan yang akan berlangsung selama 2 minggu meliputi perlbagai macam persembahan, seperti teater, tarian, muzik, filem, saster, seni visual, seni kreatif, dan sajian makanan. Setiap tahun, Festival OzAsia akan meilih satu negara Asia sebagai tema utama. Untuk tahun 2013 ini, Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi tema inspirasi Festival OzAsia.

Persembahan di Festival OzAsia di Adelaide Festival Centre selama 2 hari; 13 & 14 September 2013, akan menjadi persembahan Guba yang pertama di Adelaide & juga di luar Malaysia.

“Apabila mendapat undangan untuk membuat persembahan di Festival OzAsia tahun ini, saya terkejut dan pada masa yang sama, rasa teruja. Macam-macam perasaaan. Untuk persembahan 2 hari nanti, akan ada special segmen, di mana saya akan menyanyikan lagu “You’re So Fine” bersama Yuna,” ujar Guba.

Untuk maklumat lanjut tentang persembahan Guba di Festival OzAsia 2013, boleh layari http://www.ozasiafestival.com.au/Guba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *