Archive for: May 2014

(SEMASA) PUMA TRICKS RELEASED AHEAD OF 2014 FIFA WORLD CUP – With a Pink Right and Blue Left Boot, PUMA Tricks is Made for the Unbelievable

Pic 1

The right boot is pink, the left boot is blue. PUMA today revealed Tricks, a new colourful interpretation of its evoPOWER and evoSPEED football boots, made for the unbelievable at the 2014 FIFA World Cup in Brazil. Read more →

(SUKAN) WWE® KEMBALI KE MALAYSIA

IMG_0948

WWE (NYSE:WWE) dan Astro berbesar hati mengumumkan hari ini bahawa WWE LIVE™ akan kembali ke Malaysia buat julung kalinya sejak 2002, dengan dua persembahan dijadualkan pada Oktober 2014. Dua persembahan ini akan dilangsungkan di Stadium Putra Stadium di Kuala Lumpur pada Jumaat, 10 Oktober dan Sabtu, 11 Oktober 11. Tiket akan mulai dijual Sabtu, 31 Mei 2014 pada 10:00 pagi. Read more →

(HIBURAN) Imaginasi Zizan Razak dalam “ABANG LONG FADIL”

POSTER ABANG LONG FADILcrop

“ABANG LONG FADIL” adalah parodi dan kesinambungan filem “KL GANGSTER”. Mengisahkan tentang kehidupan Fadil setelah sahabat baiknya Malik dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Fadil tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia gangster dan mahu bebas dari geng Shark, tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir sebagai hadiah untuk layak membebaskan diri daripada kumpulan gangster. Shark iaitu musuh dalam selimut kepada Malik tidak senang dengan Fadil, maka Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gangster-gangster di KL iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani . Read more →

(HIBURAN) TEGAR tampil dengan album kedua “Kemana Kasih Sayang”

Group Photo (2)

Masih ingat lagi, penyanyi cilik yang bertemankan peralatan muzik UKULELE ? Pelantun suara untuk lagu “Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang”  kembali menceriakan industri muzik nusantara dengan album terbaru beliau berjudul  “Kemana Kasih Sayang”.  Penyanyi cilik yang berasal dari Jawa Barat ini mula mengemis seawal umur 7 tahun untuk mencari rezeki di jalanan. Hidupnya berubah apabila seorang operator komunikasi bernama Alfas Hermansyah mengesan  bakat anak muda ini  dan membawa beliau ke syarikat rakaman HARPA RECORDS. Lagu “Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang”  ternyata membawa tuah kepada TEGAR apabila lagu tersebut meletup di corong radio bukan sahaja di Indonesia malahan di Malaysia. Read more →

(HIBURAN) ”MENAKLUK KOSMOS” pengubat rindu peminat kumpulan WINGS

ALG_5982

WINGS satu nama gah yang telah lama bertapak dalam industri muzik tanahair kini kembali menakluk dan mengegarkan melalui studio album terbaru mereka yang berjudul `MENAKLUK KOSMOS’. `MENAKLUK KOSMOS’ merupakan album yang telah lama dinantikan oleh peminat-peminat WINGS pastinya akan melebarkan sayap WINGS untuk menarik ramai peminat generasi baru. Album ini mengandungi 10 lagu baru yang akan mengembalikan era kegemilangan WINGS. Read more →