(HIBURAN) TEGAR tampil dengan album kedua “Kemana Kasih Sayang”

Spread the love

Group Photo (2)

Masih ingat lagi, penyanyi cilik yang bertemankan peralatan muzik UKULELE ? Pelantun suara untuk lagu “Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang”  kembali menceriakan industri muzik nusantara dengan album terbaru beliau berjudul  “Kemana Kasih Sayang”.  Penyanyi cilik yang berasal dari Jawa Barat ini mula mengemis seawal umur 7 tahun untuk mencari rezeki di jalanan. Hidupnya berubah apabila seorang operator komunikasi bernama Alfas Hermansyah mengesan  bakat anak muda ini  dan membawa beliau ke syarikat rakaman HARPA RECORDS. Lagu “Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang”  ternyata membawa tuah kepada TEGAR apabila lagu tersebut meletup di corong radio bukan sahaja di Indonesia malahan di Malaysia.

1010354_471369786327551_3276384810989425221_n

Untuk tahun 2014, TEGAR muncul dengan album kedua yang berjudul  “Kemana Kasih Sayang” di mana album ini diedarkan oleh MEDIA ASIA PRODUCTION SDN BHD (MAP) untuk pasaran Malaysia, Brunei dan Singapura. Lagu sandaran untuk album ini adalah “Kemana Kasih Sayang” yang mengisahkan tentang perpisahan kedua ibu-bapanya sehingga TEGAR menjadi mangsa keadaan dan membesar tanpa kasih sayang ibu dan ayah. Album ini memuatkan 7 buah lagu baru dan telah pun berada di pasaran Malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *