(SEMASA) Majlis Pelancaran Festival Seni INSAN ISTIMEWA

Spread the love

Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) buat julung kali telah menganjurkan Festival Seni Insan Istimewa dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya disokong oleh Yayasan Wilayah Persekutuan dan Persatuan OKU Sentral bagi menyokong bakat dan kebolehan seni yang dimiliki golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Festival ini telah diadakan di pusat beli-belah KL Gateway Mall, Kerinchi pada 30 Okt bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Selain dari acara kesenian , ianya juga turut diserikan dengan pelbagai bengkel dan juga seminar kerjaya yang menawarkan lebih 2000 ruang pekerjaan kepada warga insan istimewa.

“Inisiatif penganjuran acara Festival Seni Insan Istimewa ini tercetus apabila beberapa ahli Biro OKU Karyawan yang dianggotai lebih 100 individu menyarankan agar diadakan satu acara seni khusus terhadap mereka, yang rata-ratanya amat berbakat dan menjadikan karier selaku Buskers bagi menampung pendapatan seharian mereka” ujar Dato Freddie Fernandez.

Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan strategik penting seperti Yayasan Wilayah Persekutuan terutamanya YB Menteri Wilayah yang telah memberi sumbangan terhadap program ini melalui Yayasan WP atas keprihatinan beliau terhadap golongan ini, juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP Bangi), SWATV, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), OCBC (yang menyumbang untuk hadiah pertandingan), OKU Sentral dan YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang memberi sokongan penuh untuk mendapatkan peserta dan penyertaan gerai pameran dan pastinya KL serta Gateway Mall selaku penaja lokasi untuk menjayakan festival ini.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk warga OKU yang hadir secara PERCUMA seperti Pertandingan Seni Suara Idola Istimewa, Pertandingan Mewarna, Battle of the Band , klinik muzik dan juga konsert bakat seni suara istimewa dan diantara yang terlibat ialah Caliph Buskers, Bad Indigo, Zaiton Sameon, Azmir Arif , dan juga rakan-rakan artis lain antaranya Moq, Dato Yusni Hamid, Radhi Khalid, Rozita Rohaizad serta ramai lagi.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *