Archive for: March 2023

(SEMASA) Buffet Ramadhan DeKenduri – Boleh Tapau Balik !!!!!!

Seperti biasa DeKenduri mengadakan Buffet Ramadhan buat kali ke-3 sejak penubuhannya. Sambutan yang sangat menggalakkan. Ada kalanya terpaksa ditolak tempahan.

Kita semua sedia maklum dengan pelbagai jenis kenduri yang terdapat di Malaysia. Setiap kenduri ada pilihan menu yang tersendiri. DeKenduri mengambil pendekatan untuk menyajikan menu-menu dari pelbagai jenis kenduri untuk setiap malam.

Mereka menamakan setiap Stall atau Section makanan dengan nama mengikut jenis-jenis kenduri yang lazim dengan masyarakat. Read more →

(SEMASA) MAHA BUFFET – gabungan dua otai F&B

Projek MAHA BUFFET 2023 ini melibatkan dua otai dalam dunia F&B, iaitu Restoran Mak Kimbong dan Experiment Kitchen yang berpengalaman lebih sedekad dalam bidang masakan. Mereka yang terkenal dengan menu tengaharl seperti Sotong gergasi bakar & western food telah bergabung bagi menjayakan projek mega Ramadhan ini. Projek MAHA BUFFET inl bermula pada Ramadhan ketiga laitu 25 Mac 2023 sehingga 20 April 2023 bermula 6.30 petang — 9.30 malam di Dewan C, MAEPS Serdang. Read more →

(SEMASA) BAZAR NOSTALGIA RETRO RAYA DI MAEPS SERDANG

Sempena persediaan menyambut Aidilfitri, Berqat Media Sdn. Bhd. dengan kerjasama MARDIcorp menganjurkan NOSTALGIA RETRO RAYA yang akan diadakan selama 10 hari bermula 7 April 2023 sehingga 16 April 2023 di Dewan D, MAEPS Serdang, Selangor . Read more →

(SEMASA) WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR (WTCKL)  SANTUNI ANAK-ANAK YATIM & ASNAF DALAM ‘NOSTALGIA SENJA’ MAJLIS IFTAR WARGA KERJA WTCKL BERSAMA RUMAH ANAK YATIM & ASNAF RAUDHATUL AL-FAEEZ

KUALA LUMPUR, 27 MAC 2023: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) meraikan hari pertama ‘Nostalga Senja’ dengan menganjurkan Majlis Iftar Warga Kerja WTCKL Bersama Rumah Anak Yatim & Asnaf Raudhatul Al-Faeez. Bagi menyantuni golongan yang kurang bernasib baik, WTCKL menjemput seramai 35 orang anak-anak yatim dan asnaf berumur 7 hingga 21 tahun termasuk guru pengiring diraikan dalam majlis tersebut. Read more →

(SEMASA) Samsung Malaysia umumkan pra-pesanan untuk Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G dan pameran Pengalaman ‘Awe-Day, Awe-Night’

Kuala Lumpur, 24 Mac 2023 – Temui Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G baharu yang membolehkan anda mengalami kehebatan ‘Awe-Day, Awe-Night’ (sepanjang hari dan malam)! Hadapi cabaran bekerja siang hari dengan ciri produktiviti seperti Modes & Routines, Quick Share, Link to Windows dan Samsung Wallet. Menjelang waktu senja pula, nikmati pengalaman bergambar dengan perincian yang luar biasa, serta video mantap yang kalis gegaran dengan ciri Nightography terbaik dalam kelasnya dan Kamera Dipertingkatkan AI. Read more →