Archive for: October 2023

(HIBURAN) Festival Nada Danau satukan penyair, penyanyi popular di Taman Negeri Royal Belum, 3 dan 4 November depan

Festival Nada Danau – Alam Sumber Karya yang bakal berlangsung di Hentian Amanjaya Royal Belum Pulau Banding, Taman Negeri Royal Belum, Perak pada 3 dan 4 November depan adalah manifestasi kesungguhan Umar Uzair mengangkat dan membawa karya seni kreatif keluar dari ruang lingkup rijid. Read more →

(SEMASA) Persatuan Karyawan Malaysia & Adina Charity Circle Sumbang Selimut Untuk Gaza

Persatuan Karyawan Malaysia bersama Adina Charity Circle menyerahkan sumbangan selimut kepada pihak Iqlas Care yang menggerakkan kutipan barang keperluan untuk Gaza di Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun, TTDI pd 22 Oktober 2023. Read more →

(SEMASA) KEPERIHATINAN LUAR BIASA RAKYAT MALAYSIA : DUA BUAH KONTENA BERISI PAKAIAN MUSIM SEJUK UNTUK PELARIAN SYRIA SIAP UNTUK DIHANTAR

22 Oktober 2023, Shah Alam – Syria Care telah berkampung selama lebih seminggu di Dewan Melati, Seksyen 7 Shah Alam dari 14 Oktober hingga 22 Oktober 2023 bagi menjayakan projek ‘Warm Their Winter’ iaitu projek pengumpulan pakalan musim sejuk baharu dan terpakai hasil sumbangan orang ramai. Read more →

(SEMASA) A&W KINI TIBA DI PERLIS

KANGAR, 19 OKTOBER 2023 – A&W, jenama rangkaian restoran makanan segera yang menawan hati dan selera warga Malaysia, kini dibuka di Perlis. Terletak di Kangar, cawangan A&W baharu ini mengukuhkan komitmen jenamanya untuk membawa makanan segera klasik serta ikonik ke negeri paling utara di Semenanjung Malaysia sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan ke seluruh negara. Dengan ketibaannya di Kangar, A&W kini boleh didapati di setiap negeri di Semenanjung Malaysia! Read more →

(HIBURAN) Pelancaran Runut Bunyi SERU CINTA Filem MAR RAK

BUKIT JALIL KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER 2023 – Pentas Wayang Production Sdn Bhd muncul dengan Filem Mar Rak arahan seorang pengarah filem, pelakon dan penerbit yang namanya tidak asing Iagi dalam industri seni tanah air Malaysia, Dato’ T.S.Jeffry, yang juga merupakan pengarah dalam filem ini. Filem Mar Rak yang bergenre seram & thriller ini merupakan idea dan cerita asal serta olahan skrip oleh Dato’ T.S.Jeffry sendiri manakala skrip oleh Adza Waty dan Adza Emie. Filem terbitan Pentas Wayang Production Sdn Bhd. Official Sound Track (OST) Mar Rak ini akan disiarkan secara rasmi di semua platform media sosial Pentas Wayang Production Sdn Bhd & Metrowealth. Read more →