(SEMASA) A&W KINI TIBA DI PERLIS

Spread the love

KANGAR, 19 OKTOBER 2023 – A&W, jenama rangkaian restoran makanan segera yang menawan hati dan selera warga Malaysia, kini dibuka di Perlis. Terletak di Kangar, cawangan A&W baharu ini mengukuhkan komitmen jenamanya untuk membawa makanan segera klasik serta ikonik ke negeri paling utara di Semenanjung Malaysia sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan ke seluruh negara. Dengan ketibaannya di Kangar, A&W kini boleh didapati di setiap negeri di Semenanjung Malaysia!

Pembukaan cawangan ini adalah lanjutan daripada pelancaran cawangan ke-100 A&W di Sierra 16 di Puchong, Selangor, diikuti oleh sebuah lagi di Terminal 2 KLIA. Restoran baharu ini menjadi bukti kepada pertumbuhan pesat jenama ini dan popularitinya yang kekal relevan, dalam aspirasi A&W Malaysia untuk mencapai 130 cawangan di seluruh negara menjelang 2024.

Satu keunikan A&W di Kangar ini adalah komitmennya untuk menawarkan perkhidmatan 24 jam kepada komuniti setempat; 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Ini bermakna bahawa penduduk Perlis dan juga pelawat yang singgah ke negeri ini dapat menikmati makanan A&W kegemaran mereka pada bila-bila masa sahaja, pada waktu siang mahupun malam dan menjadikannya tempat tumpuan, termasuk untuk mendapatkan kudapan lewat malam di Kangar.

Selain itu, restoran A&W Baharu di Kangar ini turut akan menawarkan kemudahan perkhidmatan pandu lalu, justeru memenuhi keperluan mereka yang lebih suka menjamu selera di restoran dan juga mereka yang ingin mendapatkan makanan untuk dibawa dalam perjalanan. Tanpa mengira sama ada anda seorang individu, keluarga atau pengembara yang mahukan hidangan yang cepat dan lazat, A&W baharu di Kangar pastinya mempunyai sesuatu yang boleh ditawarkan untuk semua.

Dalam meraikan perjalanan luar biasa jenama tersebut di negara ini, George Ang, Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia turut berkata, “A&W telah berkembang bersama-sama Malaysia, merangkumi pelbagai lapisan generasi warga Malaysia. Sealiran dengan peredaran masa, A&W turut berubah untuk memberi perkhidmatan kepada generasi baharu dan pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri ikonik yang menjadikan kami benar-benar AWesome (Hebat)! Komitmen kami terhadap inovasi berterusan memastikan kami dapat memberikan tawaran yang hebat kepada semua. Hari ini, kami melebarkan sayap A&W ke satu lagi komuniti setempat. Percayalah, kami tidak berhenti di sini sahaja, dan kami tidak sabar untuk berkongsi lebih banyak  kejayaan bersama-sama dengan semua warga Malaysia.”

Kevin Bazner, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif A&W Restaurants Incorporated, memberi sanjungan atas kejayaan jenama tersebut dalam menempa nama di Malaysia. “Malaysia mempunyai makna yang  istimewa di dalam keluarga besar A&W seluruh dunia. Negara ini bukan sahaja memberikan sambutan yang baik kepada jenama kami sejak enam dekad lalu tetapi turut menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan antarabangsa kami. Dalam hal ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada usaha Inter Mark dalam mengukuhkan jenama A&W di Malaysia. Pertumbuhan luar biasa yang kita saksikan menjadi bukti potensi yang bakal dibawakan oleh pasaran ini. Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada A&W Malaysia di atas pembukaan cawangannya di Perlis dan menjangkakan lebih banyak lagi kejayaan di masa hadapan,” katanya.

Sejak penubuhannya di Malaysia pada tahun 1963, A&W telah menawan hati setiap pelanggan, sama ada muda dan tua yang telah menikmati hidangan menu klasiknya. Merangkumi hidangan Coney yang enak, wafel yang memikat selera dan minuman A&W RB Float yang menyegarkan, A&W telah menjadi sumber keriangan yang berterusan sejak beberapa generasi lamanya. Belakangan ini, golongan generasi muda Malaysia juga telah memberi sambutan kepada hidangan istimewa baharu A&W seperti Burger Mozza dan Ayam Goreng Aroma Emas A&W, semuanya disediakan dengan menggunakan ramuan segar untuk memastikan tahap kualiti tertinggi.

Dengan pembukaan A&W Malaysia di Kangar, ia mengalu-alukan semua penduduk dan pengunjung bersama-sama untuk menikmati cita rasa nostalgia dan inovasi yang telah menjadi sinonim kepada jenama itu selama 60 tahun. Dengan komitmennya terhadap kualiti, kemudahan dan daya tarikan menu klasik dan kontemporarinya, A&W sedia untuk berkembang dan kekal berjaya di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang A&W Malaysia, sila layari www.anwmalaysia.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *