(SUKAN) Piala 3V3 TotalEnergies x Li-Ning 2023 Sulung Berakhir dengan Kejayaan Gemilang

Spread the love

Kuala Lumpur, 20 November 2023 – TotalEnergies Malaysia bersama Li-Ning Malaysia telah mengakhiri Piala 3V3 TotalEnergies x Li-Ning pertama mereka. Grand Finale ini telah menghimpunkan 31 pasukan dari KL, Johor, dan Penang yang bersaing selama dua hari pada 18-19 November di Sunway Velocity Mall untuk berpeluang memenangi wang tunai dan barangan eksklusif sebanyak RM150,800.

Bekas legenda badminton Malaysia Tan Boon Heong dan Goh Liu Ying, turut menyerikan Grand Finale dengan kehadiran mereka. Tan Boon Heong juga menyertai Jennifer Li, Pengarah Urusan TotalEnergies Marketing Malaysia, Dato Sri Sam Soh, Pengarah Sunlight Sports dan Simon Soh, Ketua Pembangunan Perniagaan Li-Ning Malaysia dalam merasmikan majlis penutupan Piala 3V3 TotalEnergies x Li-Ning 2023

“Seperti yang kita semua tahu, badminton adalah sukan dan budaya yang sangat digemari ramai di kalangan masyarakat. Ia adalah sukan yang memerlukan ketangkasan, ketepatan, dan keazaman, dan ia benar-benar mengagumkan untuk menyaksikan lebih daripada 100 pasukan bermain selama dua bulan lalu dari peringkat awal sehingga Grand Finale,” kata Jennifer Li, Pengarah Urusan TotalEnergies Marketing Malaysia.

“Sama seperti badminton, TotalEnergies sebagai syarikat terpercaya dalam pelincir dan penyelesaian mobiliti didorong oleh semangat kecemerlangan dalam prestasi, ketepatan, dan daya tahan. Ciri-ciri badminton sebagai sukan sejajar dengan nilai teras TotalEnergies dan kami berharap dapat memberi tenaga kepada kehidupan dan komuniti melalui sokongan kami terhadap sukan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi kami, Li-Ning Malaysia, yang merupakan penggerak di sebalik kejayaan piala badminton 3V3 kami yang pertama. Komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi untuk mempromosikan kecemerlangan sukan serta budaya persaingan dan kesukanan yang sihat adalah satu yang patut dicontohi. Kami berharap dapat menyumbang kepada serta menyaksikan pertumbuhan dan kejayaan berterusan badminton Malaysia dalam tahun-tahun akan datang bersama Li-Ning Malaysia,” tambah Li.

Li juga berkongsi bahawa mereka berniat untuk terus penganjuran Piala 3V3 TotalEnergies x Li-Ning dan pastinya kejohanan kedua akan diadakan pada tahun depan.

“Perjalanan ke negeri-negeri berbeza sepanjang dua bulan yang lalu untuk menyaksikan pemain beraksi di gelanggang amat menginspirasikan. Piala ini membuktikan bahawa negara kita mempunyai ramai pemain badminton perbakat dan kami sangat teruja kerana format badminton 3V3 memberi mereka ruang berbeza untuk mempamerkan kemahiran mereka. Seiring dengan penutupan Grand Finale, kami meraikan kejayaan, kerjasama pasukan, dan cinta murni rakyat Malaysia terhadap sukan ini. Tahniah kepada semua peserta kerana menjadikan kejohanan ini satu kajayaan yang membanggakan dengan mempamerkan sportmanship dan tenaga tanpa batas yang menyemarakkan nadi badminton di Malaysia! Kami berrterima kasih kepada semua, terutama TotalEnergies Malaysia dan legenda badminton kami yang telah menunjukkan sokongan mereka sejak hari pertama. Jumpa lagi tahun depan,” kata Teah Yann Ling, Kumpulan Kreatif dan Ketua Runcit Li-Ning Malaysia.

Kategori Juara
Lelaki bawah 30 GLS Team – Mohd Amirul, Mohd Zahir, Ooi Zi Heng
Lelaki atas 30 Team Hou Hooi – Hong Chieng Hun, Ng Kean Kok, Chow Pak Chuu
Berpasukan Campuran Terbuka Muar Star BC – Sim Han Min, Tan Chew Peng, Quah Aan Yang
Berpasukan Hiburan Campuran GLS Team – Ooi Zi Heng, Mohd Amirul, Lee Kai Xun

***

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *