Kuala Lumpur, Malaysia – 11 Januari 2026 – Dalam salah satu pelancaran jenama motosikal paling ikonik dalam sejarah Malaysia, Thunder Motorcycles dengan bangganya mengumumkan ketibaan rasmi Thunder LS250-S – bobber custom 250cc pertama seumpamanya yang diinspirasikan daripada budaya custom legenda Jepun untuk menawan jalan raya Malaysia! Pelancaran di Malaysia ini diterajui dengan penuh kebanggaan oleh Bike Continent Sdn Bhd selaku pengedar rasmi, di bawah kepimpinan dinamik Pengarah Urusan Ronnie Chen, dengan urusan import dikendalikan oleh Mofaz Motosikal Sdn Bhd (diwakili oleh Dato’ Nik). Jenama global ini dimiliki dan diselia oleh pembina custom terkemuka Jepun Noro Yuji-san serta pembina custom No.1 China Ka-san. Read more →
Author: admin
(SEMASA) Thunder Custom Menggegarkan Malaysia : Bobber Custom Kilang 250cc Pertama di Dunia Dilancarkan Secara Rasmi!
(SEMASA) ROYAL ENFIELD MENCIPTA SEJARAH DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS DI SEPANG
Malaysia, 12 Januari 2026 – Sejarah baharu dunia permotoran Malaysia tercipta apabila 850 buah motosikal Royal Enfield berhimpun dalam perhimpunan Royal Enfield terbesar pernah diadakan di Malaysia, sekali gus diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records. Read more →
(SEMASA) JOM IFTAR Di Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur Sempena Ramadan 2026 NOSTALGIA RASA MALAYSIA “Hidangan Klasik Cita Rasa Malaysia”
Sempena Ramadan ini, Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur memperkenalkan Nostalgia Rasa Malaysia, sebuah bufet Ramadan yang disusun rapi bagi menampilkan keunikan dan kepelbagaian kulinari tradisional Malaysia. Bertempat di Lesung, restoran santapan utama hotel ini, bufet tersebut menawarkan suasana yang selesa dan mesra bagi para tetamu menikmati pengalaman berbuka puasa yang memuaskan. Para tetamu bakal disajikan dengan pelbagai pilihan hidangan merangkumi pembuka selera, hidangan utama istimewa, serta pencuci mulut tradisional. Daripada kerabu yang segar dan hidangan ruji Melayu klasik sehinggalah kepada manisan kegemaran seperti kuih-muih, setiap hidangan disediakan dengan penuh teliti oleh pasukan kulinari Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur bagi memberikan rasa yang memikat, akrab, dan menyelerakan. Meraikan kegembiraan berbuka puasa bersama, menu tahun ini menampilkan hidangan kegemaran rakyat Malaysia yang dimasak dengan rasa autentik dan resipi tradisional. Read more →
(HIBURAN) IRFAN HARIS SINGKAP EMOSI DALAM SINGLE TERBAHARU “TOLONG”
KUALA LUMPUR, 9 JANUARI 2026 — Sebagai pembuka tahun 2026, penyanyi muda berpengalaman, Irfan Haris memilih untuk memulakan langkahnya dengan sebuah doa yang dilagukan. “Tolong” bukan sekadar sebuah single, tetapi luahan rasa tentang cinta, ketakutan dan kebergantungan yang sering terpendam. Selepas kejayaan “Rasa & Takdir”, duet istimewa bersama kakak kesayangan, Amira Othman yang meraih hampir 4 juta tontonan di YouTube, karya terbitan Sony Music Entertainment Malaysia ini menzahirkan kematangan seorang penyanyi yang semakin yakin mendakap kejujuran emosinya. “Tolong” bukan lagu yang dibina untuk mengejar sensasi, sebaliknya memilih untuk berdiri dalam ruang yang lebih tenang dan jujur, sebuah ruang dimana emosi dibenarkan bernafas, dan perasaan tidak perlu disembunyikan. Read more →
(SUKAN) VIOS CHALLENGE 2025 (PUSINGAN 4) PERLUMBAAN 1
SEPANG, 9 JANUARI 2026 — Aksi di litar mencapai tahap paling mendebarkan apabila perlumbaan pertama daripada dua perlumbaan penutup musim Toyota GAZOO Racing Malaysia Vios Challenge menyaksikan calon ‘kuda hitam’ mengatasi pilihan utama kejuaraan keseluruhan, sekali gus menjadikan perebutan gelaran masih terbuka luas. Read more →
