KUALA LUMPUR, — Sejak kemunculannya dalam industri hiburan tanah air pada tahun 1992, KRU kekal sebagai jenama unggul yang sinonim dengan inovasi dan kecemerlangan. Karya mereka bukan sekadar hiburan, malah menjadi pencetus revolusi yang membentuk landskap industri muzik Malaysia hingga ke hari ini. Sebagai trio legenda yang terus diingati dan disayangi peminat, aura Dato’ Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim, dan Edry Abdul Halim kekal menyala, membuktikan bahawa kehebatan mereka tidak pernah pudar meskipun dekad berganti. Selepas kejayaan luar biasa siri Konsert GenKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Mei 2025 — yang mencatat dua rekod dalam Malaysia Book of Records — dan menjelang GenKRU The Finale: One More Time di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 22 November 2025, KRU kini bakal melakar satu lagi sejarah baharu dalam arena hiburan tanah air. Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) PELAYARAN EPIK STAR VOYAGER CRUISE (SVO) BERSAMA LEGENDARIS KRU
(HIBURAN) Nikmati Pengalaman ‘Healing Night 2026’ Dihangatkan Ella, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Kangen Band & Lyodra
Menggunakan terma masa kini yang cukup sohor iaitu healing yang bermaksud pemulihan atau fasa penyembuhan diri, idea dan inisiatif penganjur dan juga selaku ‘presenter’ iaitu Kembar Nusantara Sdn Bhd disokong oleh Creative Page Sdn Bhd untuk produksi manakala Yumeca Sdn Bhd untuk strategi, pemasaran, tajaan dan penglibatan pengguna. Kerjasama tiga syarikat ini menyempurnakan pelaburan dari pelbagai aspek ke arah Healing Night yang merupakan sebuah keraian bersifat semangat positif. Read more →
(HIBURAN) Inteam Rayakan 25 Tahun Kembara Karya Kerohanian Dengan Konsert 1 Feb 2026
Setelah mencetak pelbagai kejayaan menerusi penganjuran demi penganjuran konsert yang dilaksanakan, ICON Entertainment by Iman Tang meneruskan perjuangan memartabatkan industri seni tempatan di tahun 2026. 25 Tahun Inteam Nur Kasih yang direncana berlangsung pada 1 Februari 2026 di Axiata Arena Bukit Jalil pukul 8.20 malam akan menjadi tanda aras penganjuran konsert berunsur Islamik dalam skala besar. Read more →
(HIBURAN) Pentas RadjaWali Gegarkan Idea Live Arena pada 10 Januari 2026
KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2025 – Gabungan dua kumpulan muzik terkenal Indonesia, Radja dan Wali, kini bersatu dalam sebuah konsert megah yang dinamakan “Pentas RadjaWali Live in Malaysia”, bakal berlangsung pada 10 Januari 2026 di Idea Live Arena, Petaling Jaya. Read more →
(HIBURAN) KONSERT ULANG TAHUN KE-40 WINGS DITERUSKAN SEBAGAI TANDA HARGA DIRI DAN SEMANGAT ROCK TANAH AIR
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2025 — Kumpulan legenda rock tanah air, WINGS, mengesahkan bahawa Konsert Ulang Tahun Ke-40 WINGS akan diteruskan seperti dijadualkan, meskipun dua ahli asal, Black (dram) dan Eddie (bass), telah mengumumkan pengunduran diri mereka barubaru ini. Read more →
