Filem yang dinanti-nanti kan oleh peminat seni filem tanah air telah mula ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh negara. Filem yang berskala dan berkos besar ini juga turut menjadi filem tempatan pertama yang menembusi pasaran Amerika Syarikat dan bakal ditayangkan di pawagam bermula 4 Oktober 2013. Tayangan di Amerika Syarikat ini bakal menjadi pencetus kepada tayangan di negara lain di serata dunia bermula dari pertengahan Oktober 2013 sehingga Mac 2014. Diantara pengedar utama filem ini adalah Universal Pictures yang telah mendapat hak pengedaran filem ini dibeberapa buah negara termasuklah United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil. Menurut Norman Abdul Halim, filem ini telah membuat keuntungan awal hasil pra-jualan bernilai RM10 juta di mana filem ini telah ditempah sebelum ia siap dan mempunyai perjanjian asas yang membolehkan pihak KRU Studios memperolehi pembayaran deposit dari pengedar. Norman menambah, kos penghasilan filem ini sedikit sebanyak ditampung dengan suntikan dana dari pihak Finas yang mengfokus kan kepada penghasilan CGI. Bagi pengarah filem ini pula iaitu saudara Yusri Abdul Halim, beliau sangat berpuas hati dengan penghasilan filem ini dimana tenaga produksi dibalik pembikinan filem ini dijayakan oleh kepakaran 100 peratus anak tempatan. Bagi Edry Abdul Halim pula . beliau ditugaskan dalam penyediaan runut bunyi atau muzik skor yang seratus peratusnya yang asal. Beliau juga turut memuji komitmen kumpulan MOJO dalam menyanyikan OST filem ini yang berjudul “Dark Clouds” yang juga merupakan single terbaru kumpulan ini dalam usaha menembusi pasaran antarabangsa. Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) KL GANGSTER 2 terbaik
KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek dan Jai secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya. Read more →
(HIBURAN) New Single “Tanahairku Tanahairmu Jua” – MonoloQue feat Dato Siti Nurhaliza
Malaysia has long been one of the unique countries that embrace unity among its people through various cultures, and this diversity can be reflected in many forms. Recently, we celebrated our 56th year of independence and soon we will also celebrate Malaysia’s 50th anniversary as a nation, and one way to capture the spirit of patriotism is through the marriage of music and poetic words. Read more →
(HIBURAN) Sidang Media dan Prebiu Filem “Dampak”
ong ini, menampilkan pelakon- pelakon A- List Malaysia seperti Aaron Aziz dan Farid Kamil, serta bintang bintang paling popular di tanahair iaitu Intan Ladyana, Cat Farish, Juliana Evans dan Scha Alyahya. Filem ini juga dibintangi oleh pelakon, model dan penggiat seni mempertahankan diri berbangsa Cina, Michael Chin. Filem “Dampak” yang amat dinantikan ini akan ditayangkan di pawagam pawagam serantau negara dari 19hb September 2013. (more…)
(HIBURAN) Gegaran YUNA di Istana Budaya
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai buat pertama kalinya membuat penampilan istimewa bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) pada pratonton media Konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang berlangsung di Istana Budaya pada 5 September 2013. Konsert yang berdurasi selama hampir 2 jam itu telah berjaya memukau para penonton yang hadir pada malam tersebut. Yuna menyanyikan sebanyak 22 buah lagu kesemuanya antaranya ialah decorate, favourite thing, young, gadis semasa, coffee, gelora jiwa, dan sebenanrnya, terukir di bintang, live your life, remember my name, deeper conversation, I miss you, musician, I wanna go, stay, fears & frustrations, right again, lullabies, no diggity@let love come through dan penakut. Read more →





