(HIBURAN) KL GANGSTER 2 terbaik

Movie KL Gangter 2-11

KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek dan Jai secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya.

Tindakan Jai mendapat tentangan hebat dari keluarga terutama abangnya, Malek. Namun Jai tetap dengan pendiriannya. Ini menyebabkan hubungan mereka 2 beradik semakin dingin. Malek semakin buntu memikirkan masalah angkara kegiatan haram adiknya, Jai. Paling menyayat hati, Malek dikejutkan dengan laporan dari doktor yang mengesahkan bahawa ibunya mengidap penyakit barah. Keadaan semakin tegang apabila Shera, adik Malek telah diperkosa. Sebagai seorang abang dan anak,  Malek bertanggungjawab menjaga keluarganya disamping terpaksa memikul pelbagai bebanan. Malek amat tertekan memikirkan rawatan ibunya yang menuntut kos yang sangat tinggi. Di samping itu  Malek bingung memikirkan jalan penyelesaian untuk membebaskan keluarganya dari dibelenggu lintah darat dan gangster.

Sementara itu, Tailong merupakan antara gangster terbesar di KL  yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Kepakaran beliau sebagai ‘hardcore’ dalam kegiatan haram menjadikan beliau seorang yang sanggup melakukan apa saja demi meluaskan lagi kawasan ‘taklukannya’. Dia juga berani menceroboh dan menganggu kawasan gangster-gangster lain.

Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain terutamanya  King dan anak tirinya Shark kerana Tailong cuba merampas kawasan mereka. Namun mereka terpaksa akur dengan kekuatan Tailong dalam menakluki kawasan.

Pada masa yang sama,  King dan Shark merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkan Tailong. King meminta bantuan rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar.

Demi mengubah kehidupan keluarganya di samping menampung kos rawatan ibunya, Malek menerima tawaran dari King. Semenjak itu, keluarga Malek tidak lagi diganggu.

Kehidupan Malek dan ibunya menjadi semakin baik. Namun ianya hanya sementara apabila ibunya mengetahui kegiatan Malek dan dia dihalau dari rumah.

King menjadi semakin berkuasa selepas kehadiran Malek dalam kumpulannya. Ini menyebabkan Tailong tidak begitu senang dan merasa tergugat, dia mula merancang untuk menghapuskan King dan Malek.

Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL  apabila Tailong menyerang King dan Malek.  Mereka hampir tumpas di tangan Tailong namun terselamat apabila pihak polis tiba  di tempat kejadian dan mereka melarikan diri.

Ketika itulah Malek ternampak persamaan ‘tattoo’ di badan Tailong dengan pembunuh ayahnya. Di sinilah bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong. Berjayakah Malek membalas dendam di atas kematian ayahnya 10 tahun lalu.  Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL? Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan ibunya?  Segalanya bakal terjawab dalam KL Gangster 2….

KL gangstersmall

FAKTA MENARIK FILEM “KL GANGSTER 2”

KL GANGSTER 2”  memulakan penggambaran pada awal Dicember 2011 dan tamat pada pertengahan Febuary 2012.  Syamsul Yusof mengambil masa lebih 7 bulan untuk kerja-kerja suntingan sahaja demi mendapatkan kualiti yang terbaik.

 

KL GANGSTER 2”  menggunakan lebih 100 orang pelakon tambahan untuk melakonkan watak gangster . Filem ini melibatkan penggambaran selama 68 hari . Penggambaran di jalankan sekitar Kuala Lumpur, Klang dan Putrajaya .  Menggunakan 320 gulung filem (paling banyak) dalam sejarah terbitan filem- filem Skop Production dan filem Melayu .

 

30% penggambaranKL GANGSTER 2”  menggunakan empat hingga lima buah camera bagi mendapatkan angle ( sudut ) yang menarik .

KL GANGSTER 2” melibatkan kos sebanyak RM4.5 juta , ( kos ini juga telah tersasar dari bajet asal sebanyak RM3 juta) .

 

KL GANGSTER 2” adalah filem paling mahal terbitan Skop Production dan jugak paling lama untuk di siapkan . Untuk mendapatkan kualiti yang terbaik filem ini mengambil masa selama hampir 2 tahun untuk di siapkan.

 

FilemKL GANGSTER 2”  turut mendapat kerjasama promosi dari CELCOM syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia .

 

FilemKL GANGSTER 2”  bakal di tayangkan di 100 buah pawagam di seluruh  Malaysia , Singapore dan Brunei bermula  3 Oktober  2013 .

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *