Category: Hiburan

(HIBURAN) KL Street Jam Laman Jejak Pahlawan, Bulatan Dato’ Onn – 2 Ogos 2025

Edisi pertama KL Street Jam 2025 yang berlangsung malam tadi di Laman Jejak Pahlawan, Bulatan Dato’ Onn telah membuka tirai dengan penuh warna-warni sempena sambutan bulan kemerdekaan negara. Bertemakan “Merdeka Street Vibes”, program yang diterbitkan oleh Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan (CATS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini berjaya menyuntik semangat patriotik melalui gabungan muzik, tarian dan seni budaya dalam suasana santai dan terbuka. Read more →

(HIBURAN) Michael Learns To Rock kembali menghiburkan peminat di Malaysia November Ini

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2025 – Kumpulan muzik tersohor dari Denmark, Michael Learns To Rock yang dianggotai oleh Jascha Richter (vokalis), Mikkel Lentz (pemain gitar) dan Kåre Wanscher (pemain dram), bakal kembali ke Malaysia sekali lagi atas permintaan ramai untuk mengadakan konsert utama mereka yang dinanti-nantikan. Read more →

(HIBURAN) ASTRO SHAW KONGSI IMEJ EKSKLUSIF FILEM-FILEM TERBARU 2025

1 Ogos 2025, Kuala Lumpur – Astro Shaw terus bersedia memeriahkan industri perfileman tempatan dengan deretan filem baharu yang penuh dengan aksi luar biasa, emosi, dan kejutan, yang seterusnya menjanjikan pengalaman sinematik yang berbeza. Tiga filem Astro Shaw yang akan menemui penonton di pawagam pada suku ketiga dan keempat tahun ini adalah ‘Abah Saya Uncle Mike’, ‘Malam Terlarang, dan ‘Wantogo’. Sementara itu Astro Shaw turut berkerjasama dengan penerbit-penerbit besar tempatan untuk filem ‘Legasi Wira Merah’, ‘Magik Rompak’, ‘3 Hajatdan Papa Zola The Movie. Read more →

(HIBURAN) XPDC METALKESTRA BAKAL ‘PECAHKAN’ ZEPP KUALA LUMPUR TANGGAL 8 NOVEMBER INI

Dengan pengalaman lebih empat dekad dalam belantika muzik tempatan, mencetak sejarah demi sejarah lewat karya yang terhasil dan masih menjadi kugiran rock heavy metal  terhebat yang pernah lahir pada tahun 80-an, XPDC selayaknya sudah kembali dengan konsert berskala besar. Read more →

(HIBURAN) Le Méridien Petaling Jaya & Universal Music Malaysia Mempersembahkan Nostalgia: Malam Makan Malam & Konsert Eksklusif Tahun Baru Bersama Ernie Zakri & Syamel

KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2025 – Le Méridien Petaling Jaya dengan bangganya mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama Universal Music Malaysia bagi membawakan ‘Nostalgia’ iaitu sebuah pengalaman makan malam dan konsert eksklusif sempena sambutan malam Tahun Baru yang bakal berlangsung pada 31 Disember 2025 di Grand Ballroom hotel tersebut. Read more →